05 November 2009

mata

mata sebelah tertutup dari tadi. adeh. pedih gila. macam nak tercabut biji mata letak ubat.

terus hilang mood nak tulis.

watdaff la weh. urgh. cepat lah baik. cepatlah baik. tolong mata cepatlah baik. it's annoying gila mata kabur sebelah.

nak tidur lah.

macam pekena crystal meth seround.

gian gila.

dah gian menulis pulak dah. gatai. dok kemas kemas bilik sekali ada orang ym terus lekat kemudian macam macam dibincangkan dan macam macam benda rasa nak tulis.


ok tipu. rasa nak taip.

pfft.

nanti. malam nanti boleh tulis panjaaaaang panjaaaang so that rasa puas hati. memang kan, bila suka tu dah tak boleh kata apa. mesti cari masa nak bebel jugak.

dasar mulut kepoh

ahad tolonglah datang cepat. no, i dont miss you tapi rindu panggung wayang tu.

p.s: i'm not good at lying now am I? ;)

thank you and goodbye

Adalah sorang kawan tanya pasal klinik gigi. and she asked bout my mum.

*diam*

sumpah rasa nak nangis gila gila. dahlah mata sakit like seriously sakit berdenyut lepas tu pedih lepas tu gatal tapi tak boleh nak garu then pening kepala sampai tak boleh tido. more excuse untuk nangis. cry baby betul. pfft. pathetic.

yup. memang. terlalu sensitif. nampak kasar macam bonzer boleh belasah orang tapi vulnerable habis. dah bocor rahsia. pfft. pantang sebut isu sensitif sure terasa. tengok gambar budak budak kena dera dah nangis macam budak budak tu anak sendiri. dah haru betul. dunia ni dahlah makin kejam.

kadang kadang rindu zaman dulu. zaman belajar tanpa ada sebarang responsibility, tanpa ada konflik diri, tanpa ada rasa nak mati. sekarang taklah 100% rasa macam tu, maybe dalam 65% kot. it's hard for me to be standing where i am now. bukan nya nak cakap dah accomplished apa apa, just for myself. orang lain tak tahu lantaklah. semua keji aku tak further study. dei. rezeki masing masing kau kalut kenapa? biarlah. aku tak kacau hidup korang pun kan. hidup aku dah penuh dengan regret itu ini, aku tak nak tambahkan lagi. dah tak larat nak regret. dah menyampah dengan word tu. nak nak sekarang tengah jiwa kacau, lagilah. malas nak fikir. ada then ada. kalau takde nak buat camna dah. bukan give up, cuma malas nak mengharap. dream big orang kata. tapi kena ukur diri sendiri jugak kan. bukan tak boleh dapat, cuma maybe lambat. dah gaji 8rat kau mimpi nak beli beetle memanglah tak logik tapi takde sapa cakap kau tak boleh dapat one day. cuma LAMBAT. jadi never give up. aku tak pernah rasa nak give up, cuma malas nak hope. jadi tolong, TOLONG jangan tanya banyak banyak. aku rimas, aku meluat. jangan ditanya dreams aku apa, kau tak boleh nak sama wavelength dengan kepala otak aku. kau tak nampak apa aku nak. aku dah malas nak share dengan sesiapa dah. aku percaya, if i want it, then i'd go for it regardless orang cakap apa.

sekali lagi, let me be. aku boleh agak apa aku nak. walaupun samar samar, walaupun tak jelas future aku tapi obviously i know what i dont want.

muhasabah diri sebelum tidur. kadang kadang lupa nak buat. dulu ustaz selalu pesan, sebelum tidur jangan main msg, jangan tidur tanpa baca apa apa doa, jangan tidur tak basuh kaki, jangan tidur sebelum muhasabah diri hari ini kita lagi baik then before tak.
selalunya macam sama. bila lah nak berubah ni.

i dont know how to feel anymore, it's all getting confusing. like when everything merges into one mixed emotion. and yes, i could use somebody like you to talk to. thank you.

03 November 2009

ready. set. go!

dah lama tak update blog. bukan sengaja, bukan tak mahu.
tapi sibuk.

kakak sulung masuk hospital last week. ada operation.
tak perlu details. :)

i quit my job, untuk apa tak perlu tahu. and now my fulltime job is untuk jaga my sis and my nieces. eventho i cant cook very well, tapi gagah jugaklah masak itu ini bagi dia dan my nieces makan. so far no complains. lega. haha.

mata bengkak lagi. macam naik ketumbit this time. it hurts gila gila.

semalam migrain. padan muka. lupa lagi kata tak boleh, TAK BOLEH minum milo.
*ketuk kepala*

lupa.
lupa. makan banyak sangat semut lah ni. haish.


sekarang bangun pagi pagi.
pagi as in 6.15 camtu. tapi selalu terlajak then bangun bangun tengok Balqis dah mandi dah. Pagi pagi dalam 6.50 hantar dia pergi rumah neighbour, tumpang pergi sekolah since my sis tak boleh drive and i dont have a driving license anyway. innova kecewa sebab dia duduk diam saja dah berapa hari. tsk.

then buat breakfast sementara tunggu Bazleen siap. 7.50 hantar dia pulak.


at least now i have to cook everyday for lunch and dinner. so far tiada siapa sakit perut. haha.


so mana ada masa nak tulis blog mengadap laptop semua? malam malam dah mengantuk cari bantal pukul 9. dah macam budak sekolah pulak dah. nak nak pulak mata sakit, dah lagilah alasan untuk tidur itu kuat. :)

selalu on FB, tapi thru hp. so balas komen itu ini jelah.
dah pulak ada orang komplen saya sombong. celah mana sombongnya oi.
cekik kang baru tau. suka hati dia. tenyeh pakai cili kang.
haip.


bye. tak tahu bila boleh update lagi.

:)

p.s: duit gaji mengedik sakan mintak dibelanjakan. tolong. saya nak shopping. :)

29 October 2009

::::

lega.

thank god she's ok. the worst 3 hours in my life, waiting for her. lega her operation was successful. alhamdulilah.

25 October 2009

kalau dah biasa, gitulah

Hidup ni ada turun naik. Macam roda lah. Pusing pusing. SEMUA benda jadi ada hikmah. Percaya ayat tu dan genggam kuat jangan lepas. Kuatkan semangat and everything will be okay.

I guess ini kelemahan anak bongsu. Dia manja lebih. Bukan manja tergedik gedik tapi dah naturally manja sebab dimanjakan, anak bongsu weh. Lahir lahir ada kakak abang jaga, protect adik 'kesayangan' dorang ni so dah used to it. Memang boleh nampak lah sekarang that certain point in my life, orang orang tertentu yang jaga, making sure that i am ok.

I am grateful adanya manusia bernama Siti Nurain Ismail yang jaga aku during zaman aku teknik dulu. Dia dengan Aisyah tak henti henti bagi semangat kat aku, pujuk macam macam so that aku kuat and tak lah weak sampai tak boleh study. Tak ramai kawan kau boleh kejut in the middle of the night lepas tu dia ikhlas hati teman kau pergi toilet yang jauh gila and gerun gila. Tak ramai kawan kau boleh sama sama peluk kau dan nangis bila kau tengah down.

Sumpah sampai mati aku sayang kau.


Macam Nadd, we're close dalam 3 tahun ni. Macam macam stories kitorang share. Dari myspace berhijrah ke facebook. Aku selalu rasa dia lookout for me sama macam aku lookout untuk dia. Kalau boleh sound mamat tu, aku dah sound dah Nadd. Haih.

Nadd, sharing is caring. HAHAHA. Jom pegi Gloria Jeans!!!!

Masa kat kolej, aku ada ramai 'anak anak' yang jaga aku. bukan anak ikan weh, anak anak sebab aku rep class jadi dorang panggil aku mak. (ngok ngek gila) panjang cerita tapi itulah, dorang panggil aku mak. tua gila rasa. masa ni aku ada Hanan, yang lookout untuk aku. making sure aku tak jalan kaki gi Giant sorang sorang. selalu teman aku. kalau tak dia, mesti Nik. Makhluk dua orang nilah dulu aku usung sana sini, betul betul aku trust sampai mati. aku kalau dengan dorang tak gelak tak sah. mesti gelak sampai sakit perut. ya allah aku rindu korang weh.

Aten dia bongsu jugak, tapi we all care juga for each other. aku selalu back up dia. defensive side of me sangat, SANGAT tinggi. makanya agak annoying juga kadang kadang bila terlalu defensive.

dan sekarang aku ada dia. dia jaga aku bagai nak rak. making sure aku tak terasa, sebab dia kan cakap lepas, tak reti tipu. aku pun over sensitif, elok sangat lah tu. bagai pinang terbelah belah jadinya. he understands me, in his own way. he tries so hard untuk pleasekan aku, aku tau tu. tapi bila dah manja, kadang susah dia nak go with the flow. tapi aku trust dia, aku tahu this will work kalau ada give and take. dia give in, aku pun give in walaupun most of the time aku degil dan dia pun degil gila. rasa macam nak lempang je kadang kadang. :)
aku cakap kat dia, kalau ada jodoh then ada. kalau takdak then takpelah, Allah has better plans for us. maybe bukan sekarang tapi nanti nanti ke apa ke kan. tapi kalau tanya pasal future, aku nak dia ada in it. tak kisah macam bestfriend like we used to be atau more than friends. dah apahal aku sengih sengih pulak ni. gila. tapi itulah. kadang it hurts bila orang luar sibuk doakan kitorang break. aku tak tahu motif. maybe orang tengok kitorang tak sepadan kot. tapi dia sayang aku and vice versa. cuma kitorang je tahu what we are like with each other. tak usah dengki banyak, hitam kot hati nanti.



tadi bukak fb.

Syafrah Ashadi

Syafrah Ashadi i miss sharing stories macam dulu. :(

nak pinjam buku!!

buku khaled hosseni dgn buku jodi picoult.

(tadi pergi MPH tgk Jodi Picoult macam nak beli, tapi tak jadi. Tahun depan punya Big Bad Wolf sale kita borong Jodi Picoult punya buku ok)

October 18 at 9:18pm



Sofia Ashadi Saidin
i miss hving u arnd d hse 2, sembang2.
Blh pnjm, but like i said, sejam rm10 =p
best jodi picoult, nnti ocha masuk spital lg yah nk blikan lg utk ocha ek? Macih yah. Ingat, 19mins dgn perfect match dh ada. Hehehe
October 20 at 9:48am


dah emosi. sedih.

p.s: rindu. message pending sangat tak cool weh. sangat tak cool. :(