April 7, 2012

Bukan

Bukan mudah kali ini. Bukan benda sama. Kali ini sangat berbeza dan tahap peritnya, ya Allah. Bagai dirobek-robek jiwa.

Aku ini manusia biasa. Acapkali dilontarkan begitu. Ya. Manusia biasa yang punya cacat cela sini sana, dan punyai sifat ekspresif cukup kuat.
tapi.

mungkin salah aku kerana terlalu percaya
ah. biadap sungguh jiwa
percaya orang membuta tuli

aku jarang sekali menangis di depan orang yang aku tidak percaya 100%.
kerana tangisan itu boleh disalah tafsirkan.
boleh dijadikan benda untuk dibahan.
sedangkan kau jadi saksi sisi aku yang satu
yang rapuh
yang pilu
yang buntu
yang hiba
yang menunggu masa untuk gembira semula

tapi kau tak nampak itu
kau rasakan tangisan aku itu suatu modal
bertemankan air liur
bersulamkan dongengan tafsiran
kau mulakan operasi
kau jual sana sini


seronok kah aku tanya kau?
rasa macam di syurga?
ada rasa dapat piala?


mungkin suatu hari nanti bila kau sendiri menangis di tepi
aku lalu dan hulurkan tisu
kau akan sedar yang kita dikurniakan lidah bukan untuk menipu.



Syafrah Ashadi Saidin

1.34am
TBC

No comments: