Itu aku. Enam tahun lepas. Berangan dan mengharapkan lelaki romantik. Mengharap cinta yang macam movies.
Ditakdirkan aku jatuh cinta dengan Benn. Si dia yang malu beri surat cinta, segan sebut iloveyou in public, tidak reti buat suprise (kerana dia akan panik dan berpeluh kemudian bila ditanya kenapa, dia akan terus jawab tanpa fikir, lalu terbongkar rahsia. Alahaiii).
But I'm happier than I could ever imagine. I've fallen in love with my best friend. He's funny as hell. Dia faham aku macamana, dia saja boleh buat aku tergelak besar masa aku tengah nangis sedu-sedu. Dia lah my Adam Sandler, Steve Carell, Seth Rogen, Jonah Hill, Ben Stiller, Will Ferrell, Russell Brand, James Franco, Ken Jeong, Mike Myers, Borat, Rob Schneider, Jack Black, and Owen Wilson all roll into one.
Kita selalu harap benda tidak realistik dalam relationship. Aku tak boleh harap dia akan jadi hopeless romantic macam dalam movies. Cukup sekadar dia romantik cara dia. Macam ada juga certain guys yang jenis tak cakap Iloveyou hari-hari, sebab bagi dia kalau sudah bercinta kenapa perlu dia verify cinta dia setiap hari? Dapat pula girlfriend yang jenis kena cakap Iloveyou setiap masa. Ah sudah. Bergaduh pula.
4 tahun bercinta. Macam-macam benda sudah digaduhkan, macam-macam isu ditimbulkan.
Antara benda paling utama dalam relationship selain trust ; don't compare.
Jangan compare dia dengan lelaki-lelaki lain. Pasal apa-apa sekalipun. Tak semua orang bercinta cara sama. Ada orang rasa kalau bercinta means kena jumpa selalu. Ada orang pulak tak perlu. So its up to you and your partner untuk decide apa korang nak dan selesa dalam relationship tu.
Tipulah kalau aku dengan Benn tak pernah bergaduh. Masa jadi best friend pun bergaduh, apatah lagi masa bercinta. Kadang tu bila marah cakap main lepas je. Masing-masing ego taknak mengalah. Gaduh jenis jerit-jerit maki. Lepastu merajuk berhari-hari. (Aku sehari boleh resah kalau tak borak, dia boleh hati keras tak cakap berhari-hari. Lelaki. Haih). Eventually, we sat down and talk about it. Tak boleh macamni, dah makin tua takkan nak bergaduh macam budak-budak. Satu pihak kena mengalah bila sorang tengah marah. Tak kisah siapa salah. Sebab kalau time tu nak bertekak, dua-dua taknak dengar sebab syaitan tengah sorak suruh gaduh. Bila dah cool down, baru boleh nampak sebenarnya benda tu isu kecik je, tak perlu nak bertekak pun in the first place. (Aku la tu selalu cari pasal. Hihi)
Perempuan dan lelaki. Banyak perbezaan. Dari segi emosi, dari segi pemikiran.
Cuba bagi satu masalah kepada sekumpulan lelaki dan perempuan. Cara dorang solvekan isu confirm lain, walaupun masalahnya sama.
Eh. Kenapa cakap pasal relationship ni? Macamlah perfect sangat relationship kau.
Memang far from perfect. Masih belajar lagi, masih perbaiki diri.
Cumanya lately aku tiba-tiba jadi relationship therapist tidak berbayar. HAHAHA
To F and A, maaf. Aku pun tak tahu macamana nak bagi nasihat. Masih clueless about love.
Nak-nak pulak aku dengan Benn sekarang ni long distance relationship (LDR). Ingat LDR ni mudah? Jumpa setahun cuma dua-tiga bulan sekali. (Bukanlah tiap-tiap hari. Jenuh dia nak ulang alik Bangi-Klang. Minyak mahal oi). The first year, gaduh teruk. Susah nak adapt, sebab timezone lain. Tempat dia 6 jam lambat dari Malaysia. So by the time dia balik dari kelas, aku dah mengantuk or dah tidur. Bila dia cuti, aku pulak busy. Masa tu kami berdua cuma ada Blackberry. Cuma borak thru BBM dan Email.
Now dia dah 3 tahun dekat sana. Dah boleh faham jadual kelas dia yang sangat pack, almost every week ada exam. Aku cuba faham kesibukan dia, dan dia akan cuba communicate semampu dia. Basically relationship ni about give and take. Dua-dua kena usaha, kena tunjuk ada effort nak be in the relationship dan kena saling faham sesama sendiri. Kena banyak sabar, tak boleh nak ikut kepala kau je.
Tiada couple yang kenal sehari dua dah boleh terus faham kerenah partner dia. It's a learning process, everyday. Walaupun dah kenal Benn for 6 years, tapi masih banyak benda yang aku tak tahu pasal dia. Contohnya, recently aku baru tahu dia tak kenal McDreamy. Whaaaa??
"I nak jadi neurosurgeon" - Dia selalu tukar profession, kejap ortho, kejap neuro. Aku kejap nak jadi lecturer, kejap nak jadi ceo. Maafkan kami pasangan kuat berangan.
"Nak jadi macam McDreamy la tuu"
"McDreamy?"
"OMG dont tell me you dont know who McDreamy is. Jangan malukan I sebagai orang yang obses tengok tv please"
Setelah puas membebel selama 10 minit, rupanya dia saja nak tengok aku mengelabah ayam cuba meng-explain siapa McDreamy. Padahal dia tak cakap pun dia tak tahu. Cuma buat-buat tukar soalan. Terus diikuti dengan sesi merajuk dan mula keluar ayat seperti "I hetchu" dan "Taknak kawan" serta "I nak kawin dengan Johnny Depp"
Jangan melalut please. Okay, okay.
Buat F dan A,
Kau dan partner kau saja boleh tentukan macamana bentuk relationship korang tu. Jangan dengar sangat cakap orang. Jangan peduli apa kata orang. Asal kau dan dia selesa berborak apa saja dan bahagia, go for it. Buat apa saja yang bagi hati kau berbunga. Be romantic, be spontaneous, be adventurous. Apa-apa saja. Pertahankan hubungan yang ada, kerana bukan semudah itu mahu buang cinta lama dan kemudian jatuh cinta all over again. It's a tiring process, really. Jadi selagi kau dan dia masih ada cinta, fight for it. Sit down and talk. Masing-masing dah besar, boleh borak secara matang. Bergaduh itu lumrah bercinta. Belajar give and take. Belajar berkomunikasi dengan baik.
Buat apa-apa saja, asal hati kau benar-benar bahagia. :)
No comments:
Post a Comment