October 20, 2011

Selamat Tinggal Arjuna Raga





28 October. Tarikh keramat.

Tipu kalau aku bilang aku tidak nangis.
Saat dikhabarkan berita itu,
air mata seakan peneman
seakan memahami
seolah mahu pujuk jiwa.
Hati berkecai. Tersepai.
Terpecah-belah.
Hati menangis. Jiwa memberontak.
Hati kata tidak. Jiwa ujar jangan.
Tapi siapa aku untuk menghalang?
Siapa?
Cuma orang biasa menuntut jiwa dia
Menanti cinta
Menunggu dia.
Mahukan dia.


Menangis.
Bisa pujuk hati dalam sekelip mata.
Bisa rapuhkan lagi rasa kecewa.
Bisa hapuskan rasa jiwa.
Bisa hentikan amarah diri
Bisa bergolak jiwa mahukan semua itu lagi.


Hati menangis. Masih terkedu. Masih membisu.
Jiwa makin memberontak, makin melawan.
Tak sanggup terima kenyataan.
Tidak.
Tak akan.


Mana mungkin aku bisa jadi seperti dulu?
Sekuat itu?
Setabah itu?
Sebahagia dulu?


Kuatnya aku kerna dia.
Semangat dia.
Ketawa dia.
Amarah dia.
Tangisan dia.
Jujurnya iklas setiap kata-kata dia.
Kekuatan aku hilang bersama dia.


Kerana dia sudah tiada.
Takkan ada berbulan lamanya.
Takkan ada mungkin juga bertahun.
Tak pasti.
Yang pasti cuma aku sendiri.
Disini.
Ditinggal penuh emosi.
Dibiar menjadi kuat untuk sekali
Diajar supaya tabah hadapi hari-hari lain nanti.


Aku rindu.
Rindu untuk mengadu,
walau dia dengar tidak berkata.
Rindu untuk bertanya,
dan dia setia menjawab semua.
Rindu untuk ketawa,
kerana aku bahagianya ada dia.

Ikhlas aku pinta
jangan pernah berhenti menjadi pendengar setia.
jangan pernah berhenti menjawab soalan-soalan semua.
jangan pernah berhenti buat aku ketawa.
dan
jangan sesekali hentikan rasa sayang di jiwa.

No comments: