July 1, 2011

Frustrations

Kadang-kadang bila aku baca balik apa benda aku merepek di sini, aku tergelak sorang-sorang. Betul ke aku yang tulis semua benda ni? Macam tak logik. Kelakar pun ye jugak.

I'm a nobody. Dari segi glamour, aku bukan siapa-siapa. Bukan anak Dato', bukan anak Tan Sri, malah bukan anak 'somebody'. Cukuplah sekadar jadi anak Pakcik Saidin and Sharifah Solhah. Itu dah memadai. Dah macam menang award.


Aku tulis blog awal-awal dulu zaman friendster sebab aku nak luahkan what's inside me. Yelah, kadang kita cerita tu tak semua boleh faham. Tak semua peduli. Aku dulu tulis diary tapi penat. Sebab aku menaip lagi laju dari aku menulis, hence ze blog. Blog friendster dulu ada lagi. Serious macam budak-budak. Zaman muda remaja, biasalah. Jadi blog lah tempat aku luahkan semua. Zaman tu naive sikit. Sekarang tak berapa naive sangat. Naive in the sense of i'm aware what's happening around me, dari segi sosial, politics, artis (ni kadang-kadanglah, kalau bosan tahap maksimum) and people around me. Aku dulu request kat Mama nak belajar Psychology, sebab I dont get what people want actually. Cakap lain, body language lain. So I wanna learn all about it, nak faham kenapa cakap lain tapi sebenarnya maksud lain. Nak faham kenapa manusia ni kepoci. But as usual Mama reject. Dia kata kat Malaysia bidang tu tak boleh cari makan, tak boleh pergi jauh. She told me, in order to understand people, human beings tak perlu nak belajar tinggi-tinggi (meaning tak payah belajar psychology lah), cukup sekadar observe and evaluate and listen to other people's opinion and their life story.

Sebab? Jalan cerita kita as manusia tak akan sama. Similar, yes. But never the same.


And that's what I did for the past few years. Aku belajar how to evaluate people, observe. Kadang-kadang pergi shopping mall sorang-sorang and perhatikan gelagat manusia. Fun, sebenarnya. Lawak, mostly. Especially tengok couple gaduh. Comel, especially bila kids come up to me and smile.

Bila aku dah loosen up sikit, belajar kenal dunia, belajar evaluate people, learn why they behave in such manner on certain things, barulah aku faham kenapa manusia suka attention.


Nak dicerita pasal attention ni, have to admitlah kan semua, S E M U A orang mesti nak attention. Even myself. It's how you ask for attention and how you potray yourself tu yang membezakan.

Aku memang suka attention. Biasalah, anak bongsu. Perempuan pulak tu. Bila kau ada siblings ramai, you tend to sorta fight for the attention. Kira nak jadi kesayangan parents la. Jangan tipu kata kau tak nak attention mak or ayah kau. Mesti nak jugak kan.

Kalau budak-budak, hah lagi comel cara dia mintak attention. I have 2 nieces and 3 nephews, semua suka attention. Kadang-kadang comel tau dengar my niece cerita macam mana dia kat sekolah, kawan-kawan dia suka ejek dia sebab dia baik dengan boys, and makcik kantin kena buang kerja.

Y'know, simple things like telling her aunt a story pun dah bagi dia happy. Itu je dorang nak. They wanna share things with me, dorang nak aku sama-sama gelak bila dorang cerita dorang buat lawak but takde sape faham. Simple things macam tu. Attention bagi dorang is love and happiness. Kalau kau bagi attention, dorang rasa disayangi, rasa seronok, rasa happy.

The one thing yang aku susah sikit nak faham is attention seekers di alam maya.

Like I said before, aku tulis blog to express myself. Niat nak jadi writer but bahasa pun tunggang langgang jadi tak perlu berangan lah dah tua-tua macam ni. Aku tulis sebab nak share apa aku rasa. Nak luahkan kemarahan, nak lepaskan geram. Semualah senang cerita. Tak terlintas pun kat hati nak ada followers ke, nak jadi blogger hebat ke tak. Aku buat nuffnang pun sebab nak duit je. (Dasar mata duitan. Hahaha).

So aku macam a bit confuse bila certain people write sensitive things kat blog dorang just so nak dapat a lot of traffic. Blog politic memang aku tak singgah lah sebab aku rasa most of them are hypocrites (the bloggers, politician aku taknak sentuh sebab kau judge sendiri). Sebab apa aku cakap dorang hypocrite? Sebab dorang tulis hentam sana, hentam sini like dorang je bagus but in the end kau kerja government jugak. Macam tak kenang budi, tau tak? Macam orang tak bersyukur. Duit kau dapat tu bagi makan anak bini bukan ke duit tu duit kau serve kerajaan? Kau pencen esok dapat duit tiap-tiap bulan. Nak kecoh apa?

Tak ada satu pun negara di dunia ini yang pemimpin dia perfect, politician dia perfect takde salah silap.

Tak ada.

So bersyukur lah. Kau ni hina sangat kerajaan macamlah dorang campak kau kat Lorong Haji Taib suruh jual body. Bingai, tahu? I'm not saying the government is always right, but as my dad used to say 'bersyukurlah kita tak kebulur duduk tepi jalan merempat. at least ada jalan raya, ada air, ada electric. jadi kena bersyukur, siap boleh pergi holiday ada cuti balik kampung lagi. negara lain? africa? thailand? indonesia? lagi worse"

Sebab tulah aku tak singgah blog-blog yang membebel about politics ni, sebab aku taknak masuk campur. I know what's happening but malas.

Eh dah menyimpang masuk politics.

Okay sambung balik cerita about attention seekers.

As for me, aku agak tak suka kalau orang nak attention ni memburuk-burukkan orang lain. Kau nak attention, sila jual 'diri'. Meaning kau cari attention about kau je, kau cerita about yourself, pendapat kau. That's super fine. Aku tak kisah, sebab aku suka baca cerita orang lain. Cerita dia makan kat tempat-tempat best and share what food to eat, semua benda tu menarik bagi aku. Apatah lagi kalau dia cerita pasal pets, budak-budak. Lagi aku suka baca.

But bila kau dah start menegur when you dont have the right to do so, it's better not to say anything. Semua orang bukan perfect, kau pun sama.

Tak manis menegur bila kau nak tunjuk kau betul. Tak manis menegur mereka-mereka yang tak bertudung and bercouple. Tak manis juga menegur benda seperti cara menjaga anak di public sedangkan kau anak dara, tak manis menegur parent-parents tak pandai jaga anak sedangkan anak awak baru 8 tahun dan menegur ibu-ibu supaya breastfeed sedangkan kau seorang ayah yang baru berkahwin belum punya anak.

Sebab? That's their right. Itu hak dia. Kalau dia taknak pakai tudung sekalipun, kenapa kau kecoh? Mama selalu cakap "Allah lebih tau umat-NYA, kita siapa nak judge?" Kalau dia nak couple gaduh-gaduh itu hak dia, kau tak suka then nak buat macamana. Tak semua orang perfect macam kau. Kalau parents buat donno je kat anak2 dia yang terlolong jerit in public, kau dapat anak esok kau akan faham why certain parents buat camtu. Aku belum kahwin, yes. Anak buah je ada, betul tu. But aku tak pernah tempelak makbapak yang biar anak dia memekak in public sebab aku tau one day aku ada anak and aku akan experience sendiri macam tu. Kakak aku pernah kena tegur anak-anak dia hyper sangat. But kakak aku nak buat macam mana? Takkan tak bawak keluar anak-anak? Nanti culture shock pulak kalau anak tak kenal dunia. Bagus lahh anak hyper. At least dia have fun dari duduk diam diam je otak pun tak boleh develop. Dia mak, dia taulah nak handle anak macamana. Takkan nak kurung anak? Takkan nak marah anak? Anak sendiri kot. Dari benih kita.

One thing for sure, someone once told me that

"Never ever marah anak in public. Kita kena jaga maruah anak sebab it reflects us as parents. Kalau anak buat hal, kita kena hati kering, tahankan amarah tu sampai balik rumah nanti. If tak tahan sangat hah marah dalam kereta nanti"

Like I said before, sharing and menegur tu dua benda berbeza. Kau boleh nak share, but jangan disebabkan followers ramai makanya mata kau buta dan main tulis saja. Aku myself tidak perfect dan maaf cakap, aku dah hilang respect pada mereka-mereka ini disebabkan penulisan dorang. It's more like i-wanna-write-something-so-that-i-dont-dissapoint-my-followers rather than menulis dari hati.

Frust, tahu? Frust bila baca orang kau puja penulisannya, tiba-tiba menulis issue sensitive. Sedih. Dan terus hilang respect menggunung. Aku faham lain orang lain pemikirannya but I just wished that you would write from your heart again macam dulu-dulu.

2 comments:

Putri Ramlan said...

this is so good! thumbs up Adik. how i wish i can write nearly as perfect like yours. terus masuk dalam jiwa tu bila baca.. as if, you're telling me the story face-to-face. ;-)

i like this part "Aku buat nuffnang pun sebab nak duit je. (Dasar mata duitan. Hahaha)." BAGUS! kakak daripada dulu buat, setakat berapa sen je. :-D

Syafy. said...

:D Thanks Kakak!
Write from your heart, and when you feel like doing so. No pressure :)

Hahahaha. Memang pun mata duitan. Ada rm56 kot kat situ. Biarlah ternak duit. Tunggu few years nanti baru cash out kan :P