June 17, 2011

Disapa 'kawan-kawan'

Casper the Friendly Ghost 3



Aku ni bukan orang yang berani. Berani in the sense of spiritually. Penakut but buat-buat berani.
Kalau anda jenis tak kuat semangat, sila jangan baca cerita di bawah ini.


Last night aku balik lambat, around 12am. Drive sorang2 lepas hantar Benn balik. Ada satu selekoh jalan besar area rumah Benn, simpang empat lah lebih kurang. Siapa tahu area KTM Batu Tiga? Haa rumah Benn atas sikit. Terus lagi kat area Petronas tu. Masa tu takde kereta. Aku agak sebab dah lewat. Masa belok tu tak nampak kereta but then ada kereta tiba-tiba kat sebelah. Wira, I think. Merah. Maroon. Entah tak sure. Mula-mula ingat kereta tu tadi tak nampak sebab blindspot. Biasalah, aku ni drive asal boleh je. Malam pulak kan. Sleepy gak time tu. Dalam hati terfikir nasib tak berlanggar. Okaylah.

Tiba-tiba berderau darah.

Entah kenapa mata ni sibuk nak jeling kereta sebelah. Time ni tak bawak laju pun, 80 je. Slow lah tu kiranya untuk aku. Masa tu jalan gelap and lampu takde.

Guess what?

Kereta sebelah tu takde driver. Kosong. Takde orang langsung. Masa ni jantung nak tercabut dah. But fikir oh maybe sebab gelap kot aku tak nampak orang. Then lalu petrol station and ada lampu terang kat situ. Aku entah kenapa pergi jeling lagi kereta sebelah.

Sah!
Takde driver!

Masa tu jantung tak payah cakaplah. Dup dap dup dap. Masa tu terus bawak laju gila and potong kereta tu. Lepas potong aku usha belakang. Kereta tu takde. Ghaib.

Jalan tu straight je and takde belok2. Depan sikit baru ada jalan simpang ke kiri. Mana dia pergi? Serious takut gila sampai mengigil satu badan. Baca apa semua tunggang terbalik. Fikir nak cepat sampai rumah je time tu.

Bila depan sikit dah masuk highway. Ya Allah leganya rasa. Boleh tahan banyak jugak kereta. Tangan shaking sampai bawak kereta pun dah tak betul. Orang flash2 sebab bawak kejap kiri kejap kanan. Shaking, mengigil satu badan.

Bila masuk highway, automatic aku akan lalu petronas kubur cina area sect 7 tu. Siapa orang shah alam/klang sure tahu. Masa ni dah calm down a bit, walaupun still mengigil. Dah tak berpeluh sangat.

Ingatkan dah habis.


Rupanya 'dia' ada lagi. Terbang-terbang kat sebelah. Menjerit2 aku dalam kereta. Time ni takut tak payah cakaplah. Takut sangat. Terrified. Time ni nak baca apa pun tak boleh. Time ni dengan menjeritnya, dengan nangisnya. Kau imagine lah aku sorang2 je drive, bawak Wira pulak tu. Dia dengan happynya terbang-terbang kat sebelah. Ya Allah!

Macam orang gila drive laju-laju. Lebih 140 rasanya. Punyalah laju sampai almost langgar divider.

Sampai kat rumah je main parking terus lari masuk rumah. Slipper apa pun dah tak pakai. Mengigil tak payah cakaplah. Seram sejuk satu badan.

Malam tu tak boleh tidur.
And bangun pagi tadi ada satu lebam dekat kaki. Kakak aku tanya kenapa? Aku cakap entah. Dia kata kalau tak sakit tu kerja 'kawan-kawan'. Aku kena bambu sebab balik rumah lewat malam time period.

Aku trauma. Sampai demam. Badan aku bisa-bisa and aku takkan berani dah drive sorang-sorang.


Ni second time kena kacau time driving. First time dulu masa papa dekat SMC. Aku balik kejap sorang-sorang sebab rumah takde sape ingat nak bukak lampu and aku nak amik baju since malam tu aku tidur hospital teman papa. Masa masuk rumah dah berderau but aku buat-buat berani. Baca apa yang patut. Aku pun amik baju and gerak ke hospital.

Masa keluar rumah, aku tunggu gate tutup. Masa nak keluar simpang aku nampak depan rumah neighbour aku ada orang pakai jubah putih. Aku terkejut sampai mati kereta and tak boleh start.

5 minit aku try start kereta. Berderau darah. Aku dok maki hamun dalam hati kenapa neighbour aku ni pakai jubah putih berdiri depan gate.

Then bila boleh start terus aku pecut laju gila sampai SMC. Aku cerita dekat kakak2 aku.

And reaction dorang?

"Are you sure that's even human? Bukan time tu maghrib?"


2 comments:

Anonymous said...

yang jubah putih tu maybe human sebab maghrib nak pergi surau dia pakai telekung or jubah sebab pernah kena jugak macam tu, but yang terbang2 tu biar betul? scary je.

Syafy. said...

time tu rumah dia gelap and takde kereta. assuming bukan dia lah.

haah. serik dah drive sorang2 time malam.