Easy to put on labels on people kan? Macam letak price tag. But kau sendiri tak suka dilabel. Macamana tu?
Benda aku nak cerita ni bukan untuk aibkan siapa-siapa. It's just based on apa aku dah lihat, apa aku dengar and semua tu aku evaluate. Aku admit, aku dulu skeptical bila dengar word
'GAY AND LESBIANS'
First time aku dengar masa sekolah rendah. Biasalah budak Convent, mesti ada kakak angkat lah adik angkat lah. So masa aku darjah 2 kot kecoh about a 'couple' ni. Gamat jugaklah since my classmate kenal one of 'em. Ya, dorang couple and dilabel lesbians. Masa tu aku kata takpela dorang sayang sama sayang. Sebab I thought macam sayang adik-kakak. Then aku tanya mama, lesbians tu apa. Berubah muka dia. And mama cerita tentang kaum Nabi Luth yang dilaknat Allah sebab suka sesama lelaki and mama cerita lesbians tu suka sesama perempuan.
Masa tu aku baru sedar yang dunia ni tak macam apa aku sangka.
Aku ni ilmu agama masih tak cukup di dada. Masih. Walaupun aku bertudung, namun masih belum cover sepenuhnya. Hati masih belum bersih. Masih berdosa. Masih alpa solat. Masih.
Nak discuss pasal benda ni, memang aku tak cukup ilmu. Cuma aku rasa by being skeptical and judging them, kau takkan mampu ubah mereka-mereka golong G&L ini. Sebab apa?
Kau tu dahlah tak perfect. Lagi nak caci maki dorang and HOPING that dorang boleh berubah with your sarcasm and hadis-hadis. Kau pun masuk club minum2. Kau expect dorang nak dengar cakap kau?
Assalamualaikum bang. Assalamualaikum.
Dalam Islam, ada cara menegur mereka yang berbuat salah, apatah lagi mereka-mereka yang berdosa. Setakat menghentam di alam maya, sesiapa saja boleh buat. Cara kau menegur tu kena betul, niat kena ikhlas. Setahu aku, golongan G & L ni jenis tak cari pasal dengan orang. If you dont mess with them, they dont mess with you.
Nak tegur golongan G & L ni kena ada cara. Mana boleh membabi buta je. Kau ceramah hari2 memanglah mintak maki. Kau tu dengar kuliah subuh dan menggelupur, apatah lagi kau ceramah dorang HARI-HARI. Adoi. Masalah betul lah kau ni.
Yes betul dorang ni dah menyimpang. But that doesnt mean kau tu nafsu berlawanan jantina meaning kau dah betul sangat sampai jadi maksum. Entahlah. Susah nak faham orang2 judgemental macam kau ni. Kau tu mengaibkan orang and expect orang tu kata 'AKU NAK BERUBAH?''
Hell no. Lagi buat dia benci adalah.
Orang2 G & L ni hati dorang keras. Sebab tu they can live macam mana dorang hidup tu. Dorang at one point akan lali dengan apa orang nak cakap, sebab hati dorang keras sekerasnya.
Nak lembutkan hati keras, ada caranya. Kita ni firstly kena bersihkan hati. Kadang2 tak perlu menegur pun. Kita sendiri jadi baik and bersihkan hati, dorang akan nampak. Cara percakapan, cara kita bergaul kadang2 boleh bagi orang sekeliling sedar and benda itu akan effect dorang secara tak sedar. Nak menegur kena ada cara, terpulang kepada kita nak gunakan which one. Islam agama yang mudah. Umat-NYA yang merumitkan.
Of course kita akan doa orang-orang macam ni dapat hidayah and return to the right pathway. Kita cuba jadi contoh untuk dorang. Deep down most of them tak mintak dorang jadi macam tu. Must be ada cerita disebaliknya. Kita sendiri bukan perfect, jadi why judge? Manusia ada jalan cerita masing-masing. Kalau semua plot pun nak kena sama, mana ada variety dah.
Aku harap kau lepas ni nak menghina golongan-golongan ini, you'd think first. Tak semua orang boleh menegur dengan baik. Sebab tak semua orang peduli hati orang lain. Kalau kau rasa setakat nak tegur untuk tunjukkan kau hebat dari orang2 macam ni, better lupakan jelah niat kau.
Kau jangan terkejut if one day dorang buat girlfriend kau jadi isteri sah dorang.
No comments:
Post a Comment