November 5, 2010

la la la la la hari hari kerja

Malas nak update sebab ;

charger laptop rosak. sedih gila. nak pergi cari lain memang kena tunggu betul betul free and now mana ada time free sebab kerja kul 6pm dah keluar rumah, pergi makan dulu kenyang2 then pick up friends along the way terus ke PJ. have to be @PJ before 8.30pm, nak amik attendance. Beratur in group, and amik ladder, box, etc baru naik bus and off to destination. Monday pergi Puchong. Start kerja around 10.30pm. 1am break 1/2 hour then 3.30 break lagi another 1/2hour. So aku selalu g solat isya' time second break, sebab 1st break lapar and turun pergi canteen/arena nak cari my beg dalam box. And around 6.30 break lagi, time ni semua serbu nak solat subuh sebab 15 mins je break. Sambung counting. Penat gila berdiri. Imagine kena scan 90% of all the items dalam 1 floor. Penat sangat. Kena berdiri, tak boleh duduk sebab selalu customer (orang-orang Jusco) ada and kena tunjuk disiplin bla bla bla tapi kitorang selalu duduk jugak especially kira shelf paling bawah tu sebab penat gila kot berdiri berjam jam kaki pun kebas tak ingat. Orang selalu tanya aku habis kerja pukul berapa. Bidaah je pukul 7 tu sebab selalu sangat overtime. HARI HARI. pukul 7am if group kau dah habis area tu kira nikmatnya hidup. Tu pun kena turun naik pergi back up team team yang belum siap. Balik pukul 10am atas bus dah biasa sangat dah. Gerak pergi PJ and terus head to Shah Alam. Aku selalu makan dulu before balik sebab lapar gila kot kadang kadang pukul 12pm baru dapat makan. Balik rumah mandi basuh baju selalu by 1pm baru nak tidur. Petang dalam 5.30 nak kena bangun dah sebab nak gerak g PJ kerja lagi malam tu. Tell me, masa bila aku nak pergi cari charger laptop tu? Haih. I don't even have time for myself dah. Nasib jugak kerja dengan Benn. Tapi lain2 team and lain2 bus. Jumpe lah kejap time break and masa nak pergi balik tu.

Kesimpulannya kerja aku ni memang penat, tapi seronok. I think.(Sebab baru few days kan, belum outstation lagi) Aku rasa peritnya nak earn money, so hopefully lepas ni aku taklah membazir sangat. Biarlah orang nak hina kerja aku ''eleh kira stock je, lekeh'' takpelah. At least aku kerja malam sampai pagi bukan pergi jual body jual itu ini dekat hotel mana mana. Aku kerja dengan kudrat aku sendiri, tak ponteng2 time kerja and tak kacau orang. Walau gaji aku bagi kau tak berapa banyak, tapi itu effort aku sendiri. Nak cari duit. So biarlah. Aku tak pernah kacau kau kan. I have no idea kenapa mulut kau busuk sangat nak mengeji aku sampai macam tu. Tapi lantaklah. Itu dosa kau tanggung sendiri.

Cuti 3 hari from all those hardwork memang berbaloi. 5hb, 6hb and 7hb. Isnin 8hb off to Melaka and JB. Hopefully dapatlah roomate yang tak menyemakkan kepala otak aku since 6 hari nak duduk sama kan. Aku mudah je, benda nak pinjam mintak and jangan semak area aku. Tu je. Zaman asrama dulu pun macam ni. Benda mudah. Jangan di-argue kenapa.

Aku nak pergi tengok tv. Walaupun mengantuk. Tapi I miss all those sitcoms and CSIs and semua lah. RINDU!

2 comments:

Sofiya said...

penatnye keje! oh u dah tak study ek? seriously penat gile keje u. tapi thumbs up sebab usaha sendiri nak cari duit, i wish i am that dedicated (:

Syafy. said...

study lagi, tengah cuti sem kan. :) part time je ni. nanti dah start sem sambung blaja balik. :)