July 22, 2010

tali. layang.

kutipkan sisa sisa jiwa rapuh itu
jahitkan ia
simpulkan mati
agar jiwa tak mampu robek lagi

biarkan dia bebas
dengan sekatan
sekali sekala

tak ada salahnya,
bukan?

mana boleh kebebasan hakiki
bukan hak kita untuk dipersoalkan
bukan milik sesiapa untuk dibuangkan
benar?

ah

mana bisa perintah berkurung
boleh kau boleh duduk dalam sangkar
diam diam
tanpa komunikasi
tanpa ada bisa memahami
tiap detik kau disekat
boleh?

layang layang
ada tali
bukan untuk dibebaskan terus
bukan jua untuk digenggam erat tanpa dilepaskan langsung
nah
mana mungkin layang layang itu terbang dan kembali
tanpa seutas tali itu
kan?

kau bakal soalkan siapa tali siapa layangnya
dan aku cuma ada satu soalan yang mahu jawapan jujur kau


sejak bila aku ujarkan dan aku sebutkan andai kata ini soalnya engkau?


*senyum*


Syafrah Ashadi
01.05 am
Kapar

No comments: