cuba.
selangkah aku pergi
setiap kata dibaitkan
menghalang kaki
kebas sendi
menangis lagi
aku dah tidak upaya
nak terima segala diberi bulat saja
tanpa banyak bicara
kadang aku nak luah semula rasa
aku beri kembali
rasa maruah diri yang ada ini
genggam erat
pada DIA yang ditaatkan
jika bisa
aku mahu kaki ini berjalan
bukan mencari apa
cuma pergi hindari masalah yang ada
tidak perlu drama
tidak perlu nista
hanya DIA dan aku
cukup manis bicara
lima kali bersua tiap hari
lima kali itu aku gagahkan diri
menangisi rasa malu diri
meminta kembali apa jiwa mati
takbur dosa dan dengki
KAU hapuskan semua ini
jika bisa aku mahu pergi
jika bisa aku boleh lari
dari kau dia dan mereka yang suka mengeji
dari kau dia dan mereka yang mahukan semua lagi
dari kau dia dan mereka yang tak henti mencari
apa ada sifat semua
kau korek kau ambil kau rabik kan
dan tinggal aku dengan kulit selaput tipis jiwa yang hampir mati
hampir musnahkan diri
hampir hilangkan rasa percaya
hampir pedulikan rasa kecewa
dan terbang
dan lari
tak akan toleh lagi.
tidak sekali kali.
tapi aku kau dia mereka cuma manusia biasa yang tak akan punya apa apa kalau DIA tak beri segala bukan?
10 bulan. selamat hingga selamanya.
5.19 am
syafrah ashadi saidin.