January 6, 2010

relationship.

"tidak mungkin semua lelaki yang tinggalkan kita itu jahat.
tidak mungkin semua lelaki yang permainkan kita itu bangsat.
tidak mungkin semua perempuan yang menjalangkan kamu itu kejam.
tidak mungkin semua perempuan yang menghina kamu itu binatang.

pasti ada juga silap kita. pasti ada, kalau pun bukan semua."


*petikan Fynn Jamal ; ajaran 2008*

bercinta dengan lelaki sexist kadang kadang mengharukan juga. puas aku brainwash si dia mengatakan tak semua ; ya TAK SEMUA gadis yang meninggalkan dan membuat palat itu perangai lagak syaitan. dan aku tak juga kata mereka mereka itu seperti bidadari.

cuma aku selalu ingatkan dia, jangan jadi terlalu membenci. aku juga wanita. ibu dia juga wanita. dan adik perempuan dia juga masih muda.

lalu dicantas dengan mengatakan aku, ibu dan adiknya lain. *haih*
itu bukan apa aku mahu kau faham.

relationship. aku dulu mahukan relationship lepas kahwin. sungguh. ada tertulis dalam journal, tahun 2003 maybe. aku tak cukup gatal untuk bercinta seperti orang lain, banyak masa dihabiskan dengan berangankan Johnny Depp dan ciri ciri suami aku kelak. ya, tak gatal untuk bercinta tapi gatal mahu kahwin. aneh.

mungkin aku mahukan percintaan lepas kahwin kerna dibrainwash mama. kata mama, aku kalau mahu bercinta lepas degree nanti. dia ceritakan kisah cintanya sama papa dulu. manis bukan kalau bercinta lepas kahwin? malu malu dengan suami sendiri. ah comelnya.

tapi aku sedang bercinta sekarang. nampak sangat kegatalan. mungkin. tapi bila mana kau rasa safe, rasa secure dan rasa terlalu happy hanya melihat dia ketawa, masa itulah terdetik dalam hati aku ; ''he's the one''. sungguh. aku dengan bekas kekasih lain pun tak begitu. mungkin dengan mereka hanya main main dan tak serius kerana aku pun malas nak rasa terkongkong dan relationship tu terkubur begitu saja.

aku tak boleh tulis tentang relationship orang lain, kerna aku tak mahir. cukup apa yang aku tahu dari observation dan cerita kawan kawan selain pengalaman sendiri. dan tidak, aku kekasih yang bukan perfect. malah sangat aneh. dia akui sendiri yang aku ini ada masa begitu annoying.

kalau dia dah start panggil aku joyah, maka aku tahu it's his way of saying he's annoyed.

*senyum*

berapa puluh kali aku cakap pun orang orang ini tak akan faham. (ada lah kes, kau tak perlu kecoh semua tetttt)
relationship is not, NOT based on money. dia kaya mengalahkan sultan brunei pun tapi kalau hati tak cinta, kalau kau tak rasa kau glowing bila dengan dia maka apa guna? ya dia boleh bahagiakan kau dengan duit tapi relationship kan perlu ada komunikasi? kalau kau dah tak boleh nak tegur dia apatah lagi nak share benda atau thoughts kau on certain things maka apa guna kau ada dia? baik kau beli robot macam tu.

kenapa duit paling penting? haih. tak faham aku. memang lah susah hidup tak ada duit but duit boleh cari. true love mana ada jual kat supermarket ke, TESCO ke semua takde. janganlah sebab kau semua perempuan dilabel moneylistik. tsk.


jangan hancurkan hati orang.
jangan jadi player. ini lelaki ke perempuan sama.
jangan main kayu tiga empat lima di thailand.
jangan tipu. we'll find out sooner or later. PASTI.
jangan malas nak layan.
jangan komplen. love is about give and take. jangan jadi giver tapi tak take. jangan jadi taker saja.
jangan terlalu obsesif. ruang nafas sesak bisa bikin lelah
jangan terlalu gilakan dunia.
jangan terlalu serious. hidup kena enjoy bai. tapi balance la kan.


peace out. aku sambung tulis nanti. ada part 2 maybe. sekarang nak edit gambar langkawi dan nak tulis puisi. or mungkin lagu. i nak jadi komposer. mane tahu boleh masuk juara lagu. kaya. kaya.

p.s ; sekarang ni dalam kepala otak sibuk nak cari duit duit duit. belajar nanti boleh buat part time ke? duit loan dah susut. nak pinjam orang malu. susah kan takde duit. nasib baik ada benn, boleh pujuk rayu suruh belanja makan di pakli. :))

4 comments:

amero said...

Nanti kita tulis lagu sama2 kat Pakli eh? :D

Syafy. said...

i nak tulis lagu punk rock. lepas tu bagi nadd nyanyi. then menang juara lagu.


*tinggi tak cita cita i?


ROFL

amero said...

tinggi! cam u gak :p

Syafy. said...

tak tinggi manaaaa pun.

:(