November 15, 2009

picisan .

tak semua benda mudah ditulis disini. apa kamu mahu tafsir, ya terpulang. aku ada ide baru. ada kemahuan yang perlu diberi perhatian. ada kepentingan yang perlu diutamakan. ada rasa yang perlu dikira. ada segala benda perlu.

tulisan lama sudah didelete. bukan di draft, tapi di delete. hilang semua. susah, perit kerna aku suka hasil tulisan aku yang tak seberapa. tapi sukar. kerna aku tak mahu hidup dalam masa lampau kerna aku tahu masa kini lebih enak dinikmati dari meratapi benda sudah lepas.

susah mahu tulis bila ada orang yang aku tak berapa gemar baca hasil tulisan aku. tak suka. tak gemar. tak berapa nak suka. tapi nak buat macam mana? oldthrowaways memang sinonim dgn aku. serigala jadian, itu memang aku. orang dah kenal. dah tahu. walaupun tak komen tapi ada yang mengaku di facebook buatkan aku rasa malu. hasil tulisan masa marah memang banyak feedback kan? apa kalau gembira tak banyak?

itu memang realiti yang sangat pedih. manusia memang suka pada kebencian, kemarahan. cas cas negatif memang menjadi pilihan tatapan mata, sekadar mahu tahu dilema si dia, si polan si sinun segala. kan? aku juga. mencari titik punca kejatuhan emosi semua manusia yang bergelar bloggers, yang aku kenal mahupun sekadar kenal tulisannya.

bila aku emosi, tangan aku pantas menaip benda benda tanpa aku perlu fikir dua, tiga kali. andai aku tengah bahagia, pasti otak buntu. aku bingung mula mula tapi sudah mulai faham rentak alam. memang, bila bahagia kita mahu mengadu apa? tak akan lah kita mahu bisik bisik pada blog, pada facebook yang kita bahagia dan sapu kebahagiaan kita pada manusia tengah sedih? celaka betul manusia begitu. aku benci. seolah olah mahu berlagak dia seorang saja bahagia tiada masalah dan aku macam rasa begitu mahu lempang dia ketika itu. maaf. emosi lagi.

tak kisah kamu bahagia dan mahu kongsi kebahagiaan kamu. aku juga suka baca. suka dengar. kamu dapat naik pangkat. kamu dapat kerja. kamu dapat pergi bercuti. kamu dapat kahwin. kamu dapat anak. aku suka. sebarkan kebahagiaan supaya semua orang boleh serap kebahagiaan kamu dan jadi bahagia juga. tapi ikut cara lah. ada gaya menjadi manusia bijak. manusia rasional. manusia ada akal.

Kamu terlalu gembira baru dapat handbag Ed Hardy sebagai hadiah hari jadi kamu tapi jangan pula sibuk bercerita kegembiraan kamu sambil menayang nayang beg Ed Hardy kamu di hadapan kawan kamu yang baru saja accident semalam yang kini terlantar kesakitan di hospital yang kamu pergi atas tujuan asal mahu melawat tapi kemudian kamu terlalu gembira dan terlupa menjadi manusia ada akal sebentar.

kalau begini, kamu macam mintak penampar free free saja. jangan lah jadi lembu. kamu kan manusia ada akal. gunakan.

kadang kadang aku rindu nak tulis skrip macam dulu. rindu nak tulis cerita penuh dramatik, macam zaman sekolah dulu. rindu nak buat cerita dan bacakan depan kawan kawan yang aku suka.
kemudian tanya, best tak cerita atau terlalu cliche macam cerita hindustan, hollywood atau razak mohaideen? kalau mereka bilang ada ummph aku terus rasa kenyang tak perlu makan sebulan.

kawan kawan yang aku rindu nak paksa baca skrip dan tulisan aku, mana kalian?

upcoming topic ; jatuh bangun tergolek golek.

1 comment:

amero said...

haa, penulisan takde ummph.. makan laa banyak2 eh? risau gak tak makan nanti sakit :p