November 15, 2009

jatuh bangun tergolek golek .

tu diaaa. punya lama tak update mula berpusu pusu idea menari nari dangdut akhir zaman dalam kepala otak. ini lah dia. walaupun tahun baru lagi dua bulan tapi tak mengapa lah. bagi aku sejak ada kejadian tak diingini aku nak start baru. lupa kan yang lama. the past dah lepas kan? nak ubah macam mana lagi dah. tapi itu yang what makes me who i am today. kalau tak ada the past, mana nak ada the present and the future semua itu kan?

apakah meraban.

seperti dijanjikan few hours ago, upcoming entry (ini) nak cerita pasal jatuh bangun tergolek golek. tak kisahlah ada orang baca ke tak, aku puas bila menulis. kalau tiada feedback pun tak apa. tapi kadang kadang terharu bila orang kata blog aku dadah. terima kasih. buat aku rasa mahu kongsi pengalaman lagi dan lagi. aku sedar aku masih muda, legal age lebih kurang dua puluh lapan hari dari sekarang. mentah bak kata orang tua. walaupun nenek aku kata zaman dia umur aku, dia anak dah 6. haru. kahwin umur 13 tahun weh. wewit.

tengok tu. meraban.

ya. aku tak banyak pengalaman. masih muda. tapi tak bererti aku tak tahu dunia ini resam dia bagaimana. aku anak bongsu, punya kakak kakak yang jauh beza umurnya. jadi mentaliti kami berbeza. baru kini aku dapat masuk 'acara cerita' bersama. kalau tidak dulu dihalau. kerna aku masih mentah, tak faham istilah hutang piutang, cinta, masalah hantu hantu, masalah rumah tangga, masalah manusia kebanyakannya. tapi kini sudah banyak cerita aku kutip. bukan untuk dijaja, bukan. bukan sama sekali. cuma untuk dijadikan iktibar. kami kalau bercerita mesti penuh persoalan. aneh bukan? jika terdengar ada cerita mengenai isteri curang bersama suaminya mesti kami tertanya sesama sendiri mengapa dia jadi begitu. kemudian bincangkan seperti esei SPM. kami tak suka menuding jari, apatah lagi menganggap bukan bukan. tak baik, dia punya masalah kita mana tahu. cuma perlu fikir bahawa di dunia ini macam macam ragam manusia dan kita perlu memahami dan bukan menuding jari.

kan?

jadinya. kembali pada jatuh bangun tergolek golek.
kelakar kan tajuknya.

tapi kenyataan.

manusia mana tak pernah jatuh. manusia mana tak pernah gagal. manusia mana tak kenal erti kecewa. budak kecil pun tahu, walau mungkin tak se-detail kita yang dewasa ini. kecewa, kerana tidak dapat mainan robot transformers di Jusco. atau kecewa Papa dan Mama tak bagi main di padang mainan diluar rumah. atau kecewa disebabkan kakak ambil Barbie kesayangan sembunyi dan cari tak jumpa. kecewa. kecewa. dari kecil sebenarnya kita dilatih, dididik supaya faham erti kecewa. kenapa? dunia ini macam macam ragam sayang weh. dunia ini tak kejam. dunia tak pernah kejam. mana mungkin benda hidup seperti alam menjadi kejam sedangkan dia bukan ada akal? kita yang kejam. kita yang selalu kejam pada dunia. makanya sebagai escapism kita tuding jari pada dunia dengan mengatakan "Dunia kita semakin kejam". celaka betul ayat itu. kita, KITA semakin kejam makanya kita perlu sediakan diri kita, diri anak anak kita supaya belajar dari kesilapan, belajar dari rasa kecewa yang mungkin mematahkan semangan kita jika kita tak bangun sendiri.

bangun.

mudahkan menyuruh orang jatuh bangun? bagaikan suruh anak anak atau adik adik kita bangun dari tidur kerana mahu ke sekolah agar tidak lambat. mana lah sayang. mana mudah. cakap saja mudah, kerana tiap tiap bibit kata keluar dari bibir kamu yang mulus itu memberikan janji janji palsu pada manusia yang jatuh memang mudah. ya. janji palsu. kamu katakan pada dia tak mengapa gagal kali ini. boleh cuba lagi tahun depan. sedangkan tahun depan dia tidak layak bertanding pun.
memang tak semua orang begitu. tapi majoritinya begitu. janji palsu. macam celaka. janji mahu tolong si dia bangun, tapi sampai sudah biarkan saja dia jatuh terduduk tergolek dalam longkang kerna kamu malu mahu tolong dia bangun takut busuk longkang itu melekat pada kamu.

sinis. ya. aku memang terkenal sebagai seorang yang sinikal.

belajar bangun sendiri. siapa lagi kamu mahu percaya selain diri sendiri? siapa lagi kamu tahu baik buruk luar dalam selain kamu sendiri? kalau kamu sendiri tak percaya sama keupayaan diri makanya apa untungnya kamu mahu tunjukkan pada orang luar, strangers even yang kamu ada capability itu? soal sendiri, tanya hati. pujuk jiwa supaya kuat. racun otak supaya rasional. antara mahu dan tidak. antara cepat dan lambat.

susah.memang. mana ada benda senang dalam dunia. mungkin mula mula senang tapi ada natijahnya. itu hukum alam. dah tersurat begitu. dah memang begitu. tak boleh diubah. nak bahagia, kena usaha. biarkan jatuh tergolek golek masuk longkang orang tak mahu tolong malah gelak kan.
kamu bangun. berdiri. walaupun penuh debu dan comot tapi kamu berdiri tegak. jangan tundukkan muka. berdiri tegak dan kata pada diri sendiri ''aku jatuh. tapi bangun sendiri. nothing can stop me anymore. at least aku cuba. YA. AKU CUBA DAN AKAN CUBA LAGI. mungkin bukan benda sama tapi aku akan cuba''.

jangan takut gagal. aku dulu macam kamu. takut. takut semua. kini tidak lagi, insyaAllah. aku cuba praktikkan apa aku bicara sini. aku percaya, gagal ada sebab. berjaya ada sebab. tuhan ada mahu tolong kita kalau kita percaya. kalau gagal sekarang tak bererti kamu gagal selamanya. kalau berjaya sekarang doesn't mean kamu tak akan gagal nanti. yang penting usaha. tawakal, berserah kepada tuhan. DIA lebih Maha Mengetahui. apa yang baik untuk kamu, mungkin kamu tak sedar dan kamu sendiri tak tahu.

percaya. semua benda ada hikmah. things happen for a reason. semua ada sebab. cepat atau lambat saja beza untuk tahu hikmahnya. tak semua orang sedar hikmah masing masing.

jatuh. bangun. tergolek golek. hey, at least maruah diri masih ada. at least aku cuba. kan? :)

upcoming entry ; apa kita percaya dan apa sebenarnya.

No comments: