December 14, 2011

Twenty 3

Sudah dua tiga usia. Terasa tua jika berdiri sebelah anak-anak buah yang semakin menambah. Terasa muda jika duduk sebelah Papa, yang berusaha mengingati tarikh lahir puteri bongsunya ini.

Tak banyak yang aku doa tahun ini. Tak seperti tahun-tahun lalu. Bukan merasa diri hebat tidak perlukan doa, cuma aku mahu belajar bersyukur dari meminta-minta. Malu jika terus meminta tanpa sekelumit rasa syukur di hati.

Malam semalam tepat jam 12, aku berdoa agar Papa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terpenting diberi kesihatan yang baik oleh-NYA.

2 tahun lepas aku kecik hati dengan Papa sebab dia lupa wish. Aku merajuk. Aku sembunyi dalam bilik satu hari. Esoknya Papa bagi message yang buat aku nangis tak henti.

How powerful my dad is. Simple words, yet aku nangis beriya.

And tahun ini how he tried his best to say these words ;

"Happy Birthday"

He smiled and hulurkan tangan kanan. Slowly Papa sebut "Happy Birthday". Walaupun tak perfect, tapi aku terharu. Aku rasa nak nangis. Aku tahan sebab malu. Sebak sangat-sangat. Aku cium tangan Papa, aku cium pipi Papa and aku senyum.

Papa hulurkan sampul. Papa tanya mahu makan di mana, dia mahu belanja.

Allah saja yang tahu berapa banyak kali aku menangis masa bersiap tadi. Sebak sebab with his condition macam tu, he still wishes to make his daughter happy walaupun pada hakikatnya aku yang kena buat Papa happy. Sebak sebab Papa masih ingat birthday aku walaupun he can't pronounce my name. Sebak sebab after all these years, I am still and always will be Papa's little girl. :')

Bongsu. Perempuan. Manja. Sensitif. Hati tisu.
Semua ini aku rasa buatkan Papa extra risau pasal aku.
Dan aku rasa aku satu-satunya anak perempuan yang Papa pesan untuk kenalkan buah hati pada dia. Untuk approval, katanya. :)


Ya Allah tolong makbulkan doa aku yang satu itu. Aku tak mohon banyak, cuma itu. Give me a chance to redeem myself and make him proud. Itu saja.

Kerana sampai ke hari ini, aku masih terkilan tidak sempat buat Mama bangga.