May 16, 2011

Ragam. Macam. Terkam.

Dalam hidup ni, kita akan jumpa pelbagai jenis orang. Macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Macam-macam jiwa.

Ada yang baik, baik seikhlas jiwa.
Ada yang baik, tapi bermuka-muka.
Ada yang jahat, memang sejahat-jahat manusia.
Ada yang jahat, tapi sebenarnya jiwa dia ada rasa.

Kompleks kan manusia ni? Ya, benar. Aku ni baru nak menjengah ke alam dua tiga. Tua benar aku rasa. Walau hakikatnya hendak dibandingkan dengan adik beradik aku, aku paling muda. Pengalaman hidup bukan erti hanya pengalaman-pengalaman kau bina, kau rasa. Pengalaman kau dengar, cerita benar orang kau ambil iktibar juga pengalaman hidup. Jangan disempitkan minda dengan satu lorong debu jika minda itu potensinya adalah highway.


Mudah benar menuding jari tanpa bukti kukuh dan tanpa muhasabah diri terlebih dahulu. Memang mudah. Tapi orang itu tidak fikir yang seringkali jika niat kita menegur itu tidak betul, teguran yang diberi itu akan memakan diri. Mungkin bukan sekarang, mungkin 2,3 tahun lagi. Mungkin juga bukan kena batang hidung sendiri. Tapi akan kena, pasti. Mungkin pada family dan orang-orang tersayang. Aku dah banyak dengar kisah-kisah macam ni. Niat tu kena betul. Niat. Nawaitu. Kalau salah, habis punah.

Biarlah orang nak kata apa-apa pun. Biarlah diam kita dianggap pengecut. Biarlah orang nak tambah dosa dia. Asalkan family aku tahu siapa aku, kawan-kawan baik aku tahu siapa aku. Aku diajar untuk buat hal sendiri, tak masuk hal orang lain dan bersuara bila hal peribadi disentuh, dicanang. Lagi-lagi kalau kau sentuh hal parents. Jangan der, jangan.


Lantangnya suara aku mungkin kedengaran kasar. Mungkin tidak manis untuk perempuan seperti aku melaungkan kata-kata itu tapi kalau lawannya itu engkau, maka itu selayaknya. Kerana apabila sesuatu hal itu sudah dikata okay dan ditamatkan kisahnya, kau nak buka semula makanya kau sebenarnya menggali kubur sendiri.

Orang yang kau sangka lembut itu sebenarnya paling keras hati, paling lantang percakapannya kalau maruah dirinya sudah dipijak-pijak. Diam kami selama ini tidak bererti kami tuli, kami bodoh. Tidak juga bererti kami penakut, pengecut seperti yang kau gembar-gemburkan pada semua. Jangan mulakan pergaduhan kalau tidak mahu kami berlawan. Jangan bercakap sarcasm kalau tak tahan mendengar what we have to say. Kalian salah jolok sarang tebuan kerana kami bukannya jenis kiss-ass. Kipas bontot tu benda foreign dalam jiwa kami, der. Asing sangat. Unrecognizable.



Assalamualaikum.

No comments: