Aku rasa lah.
Okay. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lama betul aku senyap. Menenangkan hati dalam dugaan hebat. Amankan diri dalam keadaan serabut. Sucikan jiwa dari rasa-rasa amarah yang membebankan.
29 March 2011 adalah hari paling celaka tahun ini. Hari aku teruji. Hari aku terduduk tersimpuh menangis di tepi. Hari aku hampir-hampir meraung bagai orang gila. Hari keramat aku menangis in public depan Benn. Hari di mana aku, tak berupaya berdiri sendiri. Hari bermulanya mimpi mimpi ngeri tak cukup tidur hingga ke hari ini. Hari di mana dia, kesayangan aku ditimpa celaka.
Sungguhnya sukar. Nak terima keadaan itu pun sudah berat apatah lagi nak memikirkan hal-hal lain berkaitan. Sesak nafas. Jujurnya aku bukan jenis menjaga amanah dari-Nya. Ya, aku masih dalam dilema sejak dulu. Biarkan. Tapi pada hari itu, aku berdoa sungguh-sungguh agar aku tidak kehilangan dia. Aku menangis, merayu mohon agar dipanjangkan usia dia. Aku belum boleh dabik dada mengatakan aku sudah balas semuanya. Kalau nak dihitung betapa berjasanya dia, bisa buatkan aku buntu. Aku lemah. Aku tak boleh ujarkan apa aku rasa sejujur-jujurnya. Sebab aku malu. Apalah sangat balasan aku pada dia? Apa dah aku beri untuk buktikan terima kasih aku selama ini? Apalah nak dikira hormat aku pada dia? Apa lagi mampu dikata kalau diukur tinggi luasnya rasa sayang aku sebesar zarah berbanding rasa cinta jujur dari dia?
Aku kalah.
Menjadi seorang penyabar adalah sukar. Sukar dilakukan dengan ikhlas, sukar dilakukan sehari-hari. Admit it. Kalau kita ada situasi di mana kesabaran kita teruji, berapa lah sangat yang akan kekal sabar dan fikir positif? Sah-sah bukan aku.
Penat. Memang. Terlalu sebenarnya. Tiada masa untuk jadi selfish. Semua untuk dia. Waktu terluang walau 5 minit memang kepunyaan dia. Bangun tidur memang hanya dia di dalam hati, dalam jiwa. Dia keutamaan sekarang.
Menjaga dia memang menguji kesabaran aku yang tipis ini. Tapi alhamdulilah, aku dapat kekuatan untuk bersabar dengan kerenah dia. Apalah sangat layanan aku yang kecil ni berbanding jasa dia pada aku?
Terima kasih Allah kerna kekuatan ini. Terima kasih.
I absolutely love you. There won't be a day of you regretting having me in your life. You're the reason for me to stay strong. I promise that I will take extremely good care of you. And I'm hoping that you'll get better soon and stronger than ever. You're my biggest hero. You taught me to be strong, to be independent and stay true to myself. Every time I messes things up, you'd just smile and hug me and say sweet things to calm me down. I wont ever be ashamed to be hanging out with you. In fact I'm super proud of you.
I love you. I'll always be your little girl.
No comments:
Post a Comment