January 5, 2011

Gantung tak bertali

Blog ni memang tempat luahkan perasaan. Jadi baca, telan dan terima.


Walau ianya menyakitkan.


Aku wish benda ini tak jadi kat aku. Eventho pedih and without a reason why, aku telan dan terima. Redha tu belum sampai seru. Dua kali jadi. Benda lain tapi lebih kurang sama. Ah. You get the drift.

Bila jadi macam ni pedih sangat. Rasa macam effort tu terbang keluar. Aku bersusah payah, keluar peluh bagai dan akhirnya pulangan hampa. Macam gantung tak bertali. Terima tidak, tak terima pun bukan. Jadi aku apa?

Macam rasa nak bunuh jiwa bagi tak payah peduli. But cerita hadapan aku kena coretkan, bukan dia atau mereka. Jadi kenapa nak bagi kuasa sewenang-wenangnya?


Hampa.

Aku rasa ada hikmah. Tapi bila hikmah itu nak muncul ya semua memang tak boleh jawab. Mungkin dalam mimpi atau tidak langsung tercapai akal kau nak fikir. Marah. Ya memang marah. Kecewa sebab bagi semua sekali dapat tahu jadi begini.

Kau rasa apa bila kau give your best shot and berusaha sungguh sungguh tak dapat jawapan? Bukan ditolak masalahnya. If ditolak aku masih boleh telan umpama hempedu dan move on kepada usaha seterusnya. Ini tak diterima mahupun ditolak.

Tengah tengah kawasan yang tidak wujud.

Katanya mahu disalahkan aku tidak usaha. Jangan dicabar emosi aku saat ini. Aku bertungkus lumus sampai hampir patah jiwa kau kata tak usaha. Tuduhan tak berasas. Aku mahukan itu jadi aku usaha lah woi! Usaha mati matian kau tahu?


Kenapa di sudut hati aku mengatakan aku diboikot?

No comments: