August 14, 2010

:(

Saya demam.

Tapi takde temperature. Kekal 36'c or 37'c. Badan rasa panas, dan bila malam saya mengigil. Macam sekarang. Tidur kena pakai sweater, tapi tak akan berpeluh. Kaki sejuk, macam duduk dalam aircond. Badan lenguh lenguh, macam bisa badan. Selsema dan batuk kadang kadang sapa hello. Buat masa sekarang dah hilang sebab makan ubat Dr Syima bagi on Thursday. Hari ini sudah Jumaat tapi this so-called demam makin teruk. Mengigil sangat malam semalam. Pagi tadi sahur macam poyo pakai sweater. Mungkin jugak sebab hujan.

Tapi sekarang tak hujan. Mungkin tadi hujan jadi sekarang sejuk. Jadi saya mengigil kan?
Tapi dah makan panadol dan ubat Doc bagi, kenapa masih belum kebah? Saya makan every 4 hours kalau malam.

Doc kata kalau makin teruk, saya kena ambil darah untuk check. Mungkin denggi.
Takutnya.


Tapi kakak saya kata mungkin side effect spirulina sebab saya dah lama tak makan berterusan hari hari. Mungkin. Kita tunggu dan lihat.

I dont care what is the reason, all i want is to be healthy dan tak rasa nak pitam siang hari masa puasa. Saya ini memang sudah underweight by 10 kilos. Tapi doc kata kalau naik 7 kilo memang ideal sangat. Saya timbang haritu kurang 2 kilo dari 50kg. Memang itu berat badan sepanjang tahun, tak mahu naik naik. Asyik turun saja. Dan tadi timbang sudah turun 4 kilo. Semalam masih berat yang sama. Haih. Should I be worried? Maybe it's nothing. Biasalah kan bulan puasa turun berat badan? Sebab masa berbuka saya tak makan nasi sebab terlalu kenyang nanti terbongkang depan tv tak pergi terawih. Saya paling suka makan roti john dan murtabak + air mineral sejuk saja. Tapi sahur tu wajib nasi lah. Kalau tiada nasi mesti kena roti. Sebab saya tak akan mampu puasa makan roti sekeping atau minum air kosong saja. Sahur mesti banyak makan. Extra extra banyak.

Tapi berat turun 4 kilo. Sedih nya. Nanti orang ingat saya diet atau anorexia. :(

No comments: