Seriously, aku tak pandai menipu. Aku tak sampai hati.
But I'm not ready to tell them the truth. Not just yet. Masalah sendiri takkan nak jaja satu dunia? Cukup kiasan dan hanya orang orang yang matter tahu.
Memang. I used to share everything with the people close to me. Tapi bila dah bertahun kawan dan selalu sangat kena tikam belakang dush dush dush macam tu, aku dah mula rasa serik. Banyak kali jugak gaduh dengan Benn about it. Dia selalu marah aku kalau aku biarkan orang pijak pijak kepala aku. Aku bukan lembik, tak sampai hati. Tu 2 benda berbeza. Very different thing. If only you'd understand apa aku rasa tiap kali aku buat baik dan kau buat palat. If only.
Aku sedar apa kau buat and yet aku diamkan diri. Diam tak bererti kalah. Diam hanya untuk pegang kuat kekuatan diri untuk suatu hari dimana kesabaran sudah tercabar hadnya. Diam hanya untuk pegang erat rasa hormat pada manusia. Diam cuma satu ilusi buatkan kau rasa kau menang mudah.
Hakikatnya tidak. Kau belum menang. Belum bertanding tapi sudah jaja satu dunia piala curi. Kelakar, bukan?
Aku baru dua satu hendak capai angka dua dua hujung tahun. Tapi tak bererti aku mudah kena tipu. Aku sedar apa kau buat and yet aku diamkan diri. Muda tak bererti tiada pengalaman. Walau kau sebaya atau kau lagi tua, kau tiada hak untuk rendahkan maruah orang sewenang wenangnya. Kau tiada hak untuk ludah pada mereka yang kau rasa hina. Kau juga sememangnya tiada hak untuk mencaci apatah lagi mengeji pada mereka yang kau rasa tak cukup layak.
Kau dabik dada kekayaan dunia. Mati juga nanti akhirnya.
Kau bangga kau ada kereta mewah.
Kau rasa hebat bila kau pijak pijak kepala orang orang bawahan.
Kau terlalu agungkan kemewahan duniawi yang tak kekal.
Kau terlalu leka dengan apa yang kau ada. Sampai kau jadi buta.
Kau terlampau rasa diri kau tiada cela. Sampai semua kau ludah segala.
Kau rasa diri kau sempurna. Sampai lupa halal haram batil dosa.
Mati nanti kau mengadap Yang MAHA ESA kau nak jawab apa?
Apa aku bebelkan di awal entry ada sedikit kena mengena dengan apa aku bebelkan selebihnya. Tapi ini bukan reason aku beralih arah. Ini bukan sebabnya aku pindah. Aku nak kejar apa orang lain kejar ; ilmu. Aku mahu ketenangan, bukan hari hari penuh kesangsian mahu puaskan hati orang itu orang ini. Aku dah penat. Kalau boleh aku nak cerita sama engkau betapa penatnya aku puaskan hati engkau bertahun. Aku penat. Kau adalah manusia paling susah untuk puaskan hatinya. Aku tak tahu kenapa. Mungkin bukan takdir aku berdiri disamping engkau saat kau dipuncak sana. Mungkin juga bukan takdir kau untuk pegang tangan aku saat aku jatuh. Mungkin. Takdir, siapa tahu kan?
Aku harap kau faham. All the best.
2 comments:
OMG everything is so true !
:D
Post a Comment