April 24, 2010

i love you beth cooper

watched it last few days. while i was having a fever and resting, mata pun layu tapi gagah juga nak tengok cerita sebab gatai orang suruh tidur and rest takmau degil nak tengok cerita.

fuh. cuba cakap dalam 1 nafas. bravo.


it was about a guy, Dennis yang suka habis dekat Beth Cooper.
and as usual la those guys/girls yang we like mana nak pandang kita kan?
if pandang pun without rasa apa apa. sucks gila kan?

i knew what it was like to be Dennis. minus the bullying part of course. yelah kau sungguh sungguh la suka orang tu and yet orang tu macam boleh hina sebab kau dikatakan tak setaraf dengan dia. kau loser habis, selekeh dan tak cool urban macam buah hati dia or crush dia.

sebenarnya orang yang kita suka pun ada crush, dan dia pun memang pernah direject.

kau tau hukum karma? macam pusing pusing balik. kau dihina dia dan sebenarnya itu respon dia after dia tu pernah heartbroken gila.

turns out, crushes kita tu when we get to know them, they are not that great pun. bukannya angelic much, bukannya super hot, bukannya Johnny Depp. bukannya Angelina Jolie. (Aku tak suka Megan Fox, overated sangat lah minah tu)

kau pergi tanya mana mana budak, dalam hidup dia mesti pernah ada TERsuka dekat someone and bila ada chance untuk kenal mamat yang disuka dari jauh tu, end up frust jugak. why?

sebab he's a human being. she's just another stuck up bitch. dia boleh mainkan kau untuk go for your bestfriend sebab dia rasa minah tu lagi lawa dan tak malu nak introduce kan dekat friends. suck much kau tau? bila kau suka mamat ni, kau rasa dia comel dan 1 hari dia baik dengan kau. tanya kau sihat ke tak. siap belanja makan and all tapi akhirnya sejujurnya dia sebenarnya baik dengan kau sebab nak mengorat bestfriend kau yang dah serba salah nak kawan ke tidak dengan mamat tu sebab dia tau kau suka mamat tu (the only reason kau pergi kawad pukul 4.20 hari hari lepas tu hitam) dan akhirnya semua jadi macam f up gila. serious awkward gila situation tu. and baguslah dua dua bo layan mamat tu sebab eventually dua dua dapat tau mamat tu sebenarnya playboy macho yang awek keliling pinggang dan penipu besar.

kau move on.

(padahal tiada isu pun)

dan masa tengah tengah tahun kau form 4, kau tersuka lagi dekat mamat lain. ah sudah. drama lagi. dan baguslah. mamat tu respon. lepas tu kau panik dan hilangkan diri. padan muka. mamat tu sampai 2007 cari kau tanya khabar tapi kau buat buat sombong sebab malu dan segan yang amat lalu abaikan dia walhal bestfriend kau dah luku kepala kau sebab mamat itu punyalah sebaik manusia dan akhirnya kau malu sendiri sebab tak sangka dia bagi respon.

kau move on. lagi.

(again ; isu tiada pun)

masa kau form 5, kau dah malas nak amik pot. macam mana kau boleh ada first love? entah. masa itu dah penat cakap no untuk kesekian kali jadinya kau kata yes dan kata no selepas 8 weeks sebab keterlampauan macam macam. teenagers kan? isu tiada pun jadi ada.

dan tiba tiba kau pula ada admire. ah sudah. kau usik budak itu sebab sebenarnya kau suka usik orang pemalu dan dia kebetulan pandai masak jadi kau ambil kesempatan mintak dia masak macam macam dan eh eh dia suka kat kau.

kau nak balas macam mana?

kau senyum saja la. buat buat tak faham signal dia dan akhirnya dia mengaku depan depan masa dating (dating ke?) depan library curi curi sebab takut Ghazlan jumpa atau mana mana cikgu nampak nanti kena sanding atas pentas (hukuman paling takut sebab malu).

kau nak balas macam mana?

kau senyum dan cakap dia tak suka kau betul betul kot. sekadar suka sebab selalu jumpa.
dan dia senyum cakap dia tunggu kau sampai bila bila.

macam cerita hindustan. sekarang bestfriend dia pun dah lama tak tahu apa cerita lagikan kau kan?

aneh bila dia junior dan kau senior dan dia suka pada kau.


kemudian disebabkan kau ini friendly pada asasnya dan baik dengan semua yang baik dengan kau, masa satu minggu kau ponteng kelas sebab ada raptai ambil anugerah kecemerlangan (bangga gila siap suruh ayahanda datang all the way from K L G) dan kau lepak di bilik katering sebab di situ banyak makanan free dan kau dari dulu suka makan kemudian macam mana kau rapat dengan mamat ini. dia bestfriend kepada bestfriend kau. sebab mereka satu kelas. dia baik. memang sangat baik. dia juga agak lembut. orang kata dia gay. jadi kau tak kisah kawan dengan dia, macam kawan kawan perempuan lain lagaknya kawan dengan dia ni. dia masakkan nasi goreng bagi kau dan masa bulan puasa dia suka tolong kau belikan air soya. dua kali saja, sebab kau segan dia selalu datang aspuri bagi barang. dia pernah ajak bergambar sama dan dia tanya kau nak tak simpan gambar tu. kau senyum dan cakap, takpelah.

masa nak ambil spm dia mengaku dia suka kau. dah lama. dan dia jeles tengok kau dengan budak junior tu hari hari senyum tepi library dan tegur sapa macam rapat sangat. nak buat macam mana, dah kau tu friendly terlebih. kau bersuara kecoh 1 bangunan dan bila kau tegur junior tu dia pun perasan. dan dia marah gila.

terus blank nak jawab paper biologi time tu.

orang kata dia gay tapi kenapa dia suka kau kan? kau fikir lama gila sampai masa nak balik lepas exam tu kau tak cakap pun bye esok goodluck kat dia sebab kau bingung. nanti kau cakap, dia rasa kau suka dia. kalau kau tak cakap, dia kata kau sombong.

tak sampai hati. sumpah kau tak sampai hati.

lama lama dia pun faham kau tiada hati dengan dia. dan dia pun end up langsung tak keep in touch dengan kau dan dia kata dia benci kau.

sedih kan?

kau tak salah apa pun. kau layan dia macam biasa. gurau gurau macam budak budak lain jugak.


dan kau malas nak ada hati dah dekat orang. kau masuk kolej pulak. kau suka mamat ni. kau diam diam je la. malas nak cakap. nanti dia tahu sama ada dia tu gay, suka orang lain atau buat tak tahu.


karma kan? pusing pusing gitu jugak.

No comments: