March 7, 2010

manusia sudah hilang akal warasnya .

Hari ini adalah sungguh hari kemalasan sedunia. Dari pagi (well, not too pagi i must say) sampai lah sekarang sudah 7.46 pm, aku melongo tak tahu apa nak buat. Kerja banyak, memang. Terlalu. Tapi jiwa kosong, for wrong reasons, at a wrong time untuk kau rasa macam ni kan.

Disapa ciuman bertalu talu anak buah, Bazleen. Dia tahu aku cukup tak suka dicium bukan kerna geli tapi kerna tak biasa walaupun it's been 7 years dia buat benda yang sama. The moment she smiles at me, masa tu terdetik dalam hati ''how could anyone abuse child her age, or even younger? she has such pure heart, a little girl who is eager to please everyone especially her parents''

and then she did it. she laughed.

Hati beku terus cair. Kau tau rasa melted macam kau jumpa boyfriend2 kau atau girlfriend2 kau atau kau jumpa crush kau tepi tangga dan kau rasa terkaku tapi cair at the same time?

i felt that, every single day. dan it makes me wonder lah kan, apa motivates kan orang orang yang throws away their off springs, legal or not, umpama kau lari keluar rumah buang sampah cepat cepat incase kau termiss orang sampah datang kutip. kau buang dalam tandas, kau buang dalam tong sampah dan let them suffer for your wrong doings.

apa salahnya kau bagi pada yang perlu? apa dosanya kau tinggalkan pada orang yang sudi menjaga? apa hinanya sampai perlu dibuang di tempat jijik?

bagi yang menjaga bayi bayi suci ini, atas sebab apa didera juga tidak tahu. kau tak ada rasa apa kah saat dia keluar dari perut kau? saat kau push dan derita berjam jam itu bagaikan hilang saat kau tatap wajah suci mulus dia?

kau hempuk dia. terajang dia bagaikan dia itu anjing kurap. selayaknya anjing juga bisa kah dilayan sebegitu?


aku emosi. air mata menitis saat teringat segala dalam suratkhabar kebelakangan ini. manusia semua sudah gila. benar.

tangan tak mampu teruskan apa isi hati aku mahu katakan. keyboard aku sudah basah.

No comments: