March 5, 2010

hipo hipo .

kaki sama laju dengan mulut. satu persatu topik.
suam suam kuku.

dan timbul cerita itu.

dia seperti biasa, mengakui.
segala yang dikongsi, itu dia pun tahu. dia pun sedar. dia pun sama macam aku, benda dah lama tapi simpan dan diamkan aja. kau tak rasa apa aku rasa kerna kau kaku. kau numb. kau hati batu. tahu tak? which is to a point sangat, sangat teramat annoying. sumpah aku tak tahu kau alien mana. cara kau cakap macam kau tak dikurniakan akal. cara kau berdebat seolah kau cakap guna lutut. cara kau putar belitkan cerita umpama kau tak tahu dosa pahala.

dan memang benarlah orang kata kau hampeh sebenarnya. kau sendiri beri jolokan nama itu dengan attitude kau yang tak lagak manusia. kau ini apa ya? nak marah, dah penat. nak nasihat, kau dah besar panjang. dah boleh jadi mak bapak orang. dah besar kan, boleh fikir sendiri tak?

jangan lah sebab mulut, badan dan persahabatan binasa bebeh.
kau nak ke macam tu?
kau nak sebab mulut kau macam puaka tu kau kena pulau?
kau nak sebab mulut kau yang jahat suka tipu tu kena belasah?
kau nak sebab mulut kau yang suka fitnah orang tu lebam bengkak sini sana?

nak?

lidah memang tak bertulang. tapi akal ada. setakat nak mengata, depan depan la bai. apa barang kutuk belakang? telur tak payah goreng selalu. ada akal, guna. ada hati, perati. ni semua pun kau bagi mati lepas tu nak jadi apa?

tak payah stalk orang kemudian buat muka simpati. orang tahu kau macam mana, tapi tunggu kau berubah. kau je tak nampak nampak.


kau banyak sangat simbah penipuan kat mata kau sampai dah tak nampak baik buruk kot.

No comments: