jiwa agak sensitif sekarang. almaklum sajalah, 5 jan lagi empat hari. tarikh tarikh yang orang kata tak perlu ingat, tapi itu tersemat dalam hati. mama, i miss you so much.
dulu pernah timbul rasa marah sebab mama tinggal aku terkontang kanting kena survive hidup dalam dunia penuh orang orang yang keji. and dorang senantiasa ada, ke mana saja aku pergi. haih.
tahun lepas, 2009 banyak turun naik. mostly banyak benda sedih lah tapi depends la on how you see it. orang kata aku emotional, aku tak rational, aku suka anggap semua benda passive.
memang. hidup takde mak memang gruesome habis. memang celaka, sebab kau dah hilang syurga tu. kau dah hilang pedoman kejap, bila kau pertikaikan kenapa dia pergi sebelum sempat kau tunjuk segala benda you're capable of yang sebelum ini kau tak sempat sebab nak rebel.
menyesal tu memang sentiasa ada. dengar lagu widuri, dengar lagu lagu fav yang mama suka nyanyi syok sendiri kat toilet memang sayu. menangis bai. sedih kot bila jadi camtu. tapi orang kata weh dah tiga tahun dia mengadap Tuhan, kau nak nangis lagi kenapa?
kau tak rasa apa aku rasa. broken family sucks.
tahun 2009 penuh gejala samseng.
bulan jan/feb penuh dengan entry emo yang sudah didelete sebab jauh di perantauan. PADAHAL di lipis je. memang jenis anak manja tak boleh nak cakap apa dah. nak nak time tu praktikal, penuh masalah dengan perempuan yang suka cakap depan lain belakang lain jadi tension gila masa tu. and bagusnya time thesis aku rapat dengan those guy friends sebab aku gedik hari hari suka mengadu macam macam.
bulan 3 dan 4 tak banyak benda. mainly benda biasa.
bulan 5 dah agak rapat dengan benn.
bulan 6 hari hari menangis rindu mama. gila. emotional betul.
bulan 7 dah ada Benn. which is a blessing sebab dia jenis orang yang rasional, dan aku emotional. bagus sangat lah tu. bulan 7 aku grad. bangga gila. padahal gambar konvo tak amik amik lagi.
bulan 8, 9 biasa je. gaduh sana sini. raya was fun! kampung sangat fun ok. haritu baru je balik and now rasa nak balik lagi.
bulan 10, 11. hidup macam roller coaster. mula nak rebel macam dulu sebab penat jadi baik last last orang pijak pijak.
bulan 12 seronok. sebab bday. lepas tu rasa macam disayangi. tapi masih gaduh. jadi rasa malas nak peduli lagi. last last rasa respect tu dah makin hilang. maaf, tapi itu kenyataan.
overall tahun 2009 macam palat. kecuali benn. dan kakak2 serta cousin cousin. serta kawan kawan yang memang reti appreciate erti friendship tu itself.
tuhan, terima kasih kerana mereka masih setia ada. jangan ambil mereka dari aku, please.
********************************************************************************
jiwa sensitif skang. azam tahun baru semua melayang entah mana. benci.
ada ke isu post-menstrual syndrome? haih.
esok busy. ahad pun busy. minggu depan lagi busy.
nak bunuh jiwa bagi mati. supaya esok lusa orang keji tak rasa apa lagi.
No comments:
Post a Comment