Tapi Adam perlukan dia. Tanpa Adam dia juga sendiri tak bisa bernyawa.
Mia tahan perut. Jenguk Adam yang sedang nyenyak tidur. Kerling tengok jam ; baru pukul 9 malam. Dia masih tak pulang pulang.
Manakah dia? Kerja banyak kah?
Handphone dicapai ; buka inbox.Tiada pula message baru. Tiada jua missed call.
Tekan butang hijau.
Hurm, tiada jawapan. Message dah berkali kali.
Adam dah merengek tanya dia mana. Haih.
Mana dia? Tak pulangkah malam ini?
Dah dekat sebulan lebih macam tu tapi Mia tetap setia tunggu depan pintu. Kak Senah kata, Mia akan terpacak di pintu rumah dia tepat jam 6. Tunggu gerangan dia pulang. Tapi hari berganti hari, dia masih tiada. Mia hampa tapi tetap tunggu juga.
Demi kasih.
Demi cinta.
Paling utama demi Adam.
Bila ditanya berkali kali oleh Kak Senah maka Mia buka cerita.
Katanya dia kerja banyak. Jarang balik. Tapi tetap akan balik. Jarang dengar khabar berita. Tapi ada message call sekali sekala.
Mulut celupar bertanya ; hai tak mahu minta talak kah?
Mia geleng dan senyum
''Saya sanggup tunggu dia lama mana pun dari saya kehilangan dia selamanya''
p.s : tiada kaitan dengan hidup. dan mati. sekian.
p.p.s : Benn, i miss you.
1 comment:
I miss u too..... :(
Post a Comment