July 16, 2014

Selamat lima tahun, Benn.



"Aku rasa aku suka kat kau."

Selamat lima tahun (dan sembilan hari), Benn. 





Orang kadang selalu tanya ;


"Tak rindu Benn ke?" 
"Jauh-jauh nanti kang putus pulak." 
"Macamana boleh survive?" 
"Tak bosan ke?" 
"Kahwin gantung je lah."


Okayyy ayat last tu Rosha selalu cakap kalau jumpa dia. HAHA. 

I dont really know macamana the both of us boleh sampai tahun kelima ni. Gaduh sampai berjam-jam, gaduh nangis-nangis. Paling teruk gaduh tak bercakap 3 hari. Seksa jiwa raga. Aku ni dah lah jenis benda kecik pun nak cerita - beli murtabak ke, kereta problem ke, Boiyot taknak makan ke. Jadinya sepanjang 3 hari tu aku restless. Nak tunggu dia cakap dulu. Ye lah, degil kan. Tapi lama mana sangat nak ego, end up message jugak cakap sorry. Lepastu automatic baik balik macam takde benda berlaku. Dramanya, lahai. 

Dia degil, aku pun degil. Tapi kalau ikutkan tahap kedegilan tu, dia lah champion. Sebab anak sulung kot, degil lebih sikit. Hahaha. But since we are so used to each other, kalau gaduh tu we know at the end of the day we'll still be together. 

Benn ni tak romantik sebenarnya. Tapi banyak gestures dia yang aku rasa lagi romantik dari dapat bunga. Macam tadi, dia singgah tempat aku kerja. Pulangkan balik Smart Tag yang aku tertinggal dalam kereta dia. Bila check baki, eh kenapa berlebih banyak. 

"You topup ke?" 
"Haah"

Terus lah cair hati ni. Gamaknya aku ni mudah cair kot. Hahahaha. 


Banyak lagi benda dia buat yang maybe bagi orang lain benda kecil je tapi bagi aku all those small things matters. But despite all these, Benn ni sangat annoying. He will find a way to annoy me almost everyday, dah jadi macam trademark dia. Jenis suka annoy aku for the sake saja suka-suka. Urgh. Annoying tapi sayang. Conflicted. HAHAHA. 




Hi love,

Happy 5 years, Sayang.
Thank you for putting up with my tantrums, as I know I can be handfuls at times.
Thank you belikan macam-macam from Egypt, especially tshirt Zagazig tu.
Bangga jugak pakai walaupun bukan budak Medic. Hihihi.
Thank you selalu make an effort to datang sini and hangout walaupun you still jetlag. 

I love you :*

January 19, 2014

2014

Happy New Year.

Lambat 19 hari but hey, masih dalam bulan January. Life is good, Alhamdulilah. Tahun ni nak masuk umur 26 tahun, masih lagi orang tanya if I'm lepasan spm. (Tetiap tahun pun mesti ada soalan macamtu, nampak sangat masih childish).

Dua enam.
Baru mula kerja.
Baru nak menapak.
Belum berkahwin.
Belum bertunang.
Belum ada anak.

I feel old. HAHAHA.

But hey, life begins at 40 katanya wewiit.
(Pujuk hati)

All my life I had been looking for something. Hidup ada makna, bukan? "Belajar rajin-rajin, boleh masuk University. Boleh dapat kerja, dapat gaji mewah. Ada rumah, ada kereta, hidup senang"

Basically people telling me to study hard, get straight A's, get married, have children and die.

And the cycle repeats for everyone.

Everywhere I turned, someone tried to tell me how to behave, how to plan for my future. Well mula-mula memang boleh terima, walaupun for a fact the answers (more like instructions) were often in contradiction and even self-contradictory.

I was naive. Well siapa je tak, kan? Kita semua pun pernah (dan mungkin masih) naive. I was looking for myself and asking everyone questions which I, and only I, could answer it. Hidup ni kita yang tentukan, bukan orang lain. It took me a long time and much painful boomeranging of my expectations to achieve a realization everyone else appears to have been born with, that I am nobody but myself.

In the end, we know what we wanna be. Kita tentukan apa kita nak, kita decide what kind of future we wanna have for ourselves and our children (If you want children lah kan).

I am learning to be free. Learning that it is okay to make mistakes with your own decisions. It might not be your best decision yet, but you made it and you will damn sure to learn from it.

I learn to let go. Let go of thinking too much on what other people might or will say about me. Let go of all the negative vibes around me, let go of all the heartaches and disappointments in my life for depending too much on other people's feeling or thoughts.

And I am happy as I could be. When you are happy, it will show. Your face will glow and you'll feel good about yourself no matter how difficult it will be. Hidup takde cabaran, tak best lah kan? We learn from it. Yang penting, just be yourself and trust yourself in making those big decisions. No matter what.

I'm changing, to be a better person. People may or may not accept that. But hey, its my own experience. We change constantly. Cuma kita sedar atau tidak je. :)

Live. Breathe. Be free.



p/s : Gua konvo lagi 6 hari! Mama, I kept my promise. :D

December 11, 2013

Give and take.

Kalau nak ikut apa aku mahu dalam relationship, banyak benda sebenarnya. Aku mahu di-suprisekan, mahu dibawa hiking naik bukit tengok sunrise sama-sama, mahu diajak bungee jumping, mahu diberi bunga dan chocolate, mahu kalau keluar buat benda spontan. I'm a hopeless romantic girl. The kind of girl that reads Nicholas Sparks books and go "awwww" lepastu berangan.

Itu aku. Enam tahun lepas. Berangan dan mengharapkan lelaki romantik. Mengharap cinta yang macam movies.

Ditakdirkan aku jatuh cinta dengan Benn. Si dia yang malu beri surat cinta, segan sebut iloveyou in public, tidak reti buat suprise (kerana dia akan panik dan berpeluh kemudian bila ditanya kenapa, dia akan terus jawab tanpa fikir, lalu terbongkar rahsia. Alahaiii). 


But I'm happier than I could ever imagine. I've fallen in love with my best friend. He's funny as hell. Dia faham aku macamana, dia saja boleh buat aku tergelak besar masa aku tengah nangis sedu-sedu. Dia lah my Adam Sandler, Steve Carell, Seth Rogen, Jonah Hill, Ben Stiller, Will Ferrell, Russell Brand, James Franco, Ken Jeong, Mike Myers, Borat, Rob Schneider, Jack Black, and Owen Wilson all roll into one.


Kita selalu harap benda tidak realistik dalam relationship. Aku tak boleh harap dia akan jadi hopeless romantic macam dalam movies. Cukup sekadar dia romantik cara dia. Macam ada juga certain guys yang jenis tak cakap Iloveyou hari-hari, sebab bagi dia kalau sudah bercinta kenapa perlu dia verify cinta dia setiap hari? Dapat pula girlfriend yang jenis kena cakap Iloveyou setiap masa. Ah sudah. Bergaduh pula.


4 tahun bercinta. Macam-macam benda sudah digaduhkan, macam-macam isu ditimbulkan.


Antara benda paling utama dalam relationship selain trust ; don't compare.

Jangan compare dia dengan lelaki-lelaki lain. Pasal apa-apa sekalipun. Tak semua orang bercinta cara sama. Ada orang rasa kalau bercinta means kena jumpa selalu. Ada orang pulak tak perlu. So its up to you and your partner untuk decide apa korang nak dan selesa dalam relationship tu.


Tipulah kalau aku dengan Benn tak pernah bergaduh. Masa jadi best friend pun bergaduh, apatah lagi masa bercinta. Kadang tu bila marah cakap main lepas je. Masing-masing ego taknak mengalah. Gaduh jenis jerit-jerit maki. Lepastu merajuk berhari-hari. (Aku sehari boleh resah kalau tak borak, dia boleh hati keras tak cakap berhari-hari. Lelaki. Haih). Eventually, we sat down and talk about it. Tak boleh macamni, dah makin tua takkan nak bergaduh macam budak-budak. Satu pihak kena mengalah bila sorang tengah marah. Tak kisah siapa salah. Sebab kalau time tu nak bertekak, dua-dua taknak dengar sebab syaitan tengah sorak suruh gaduh. Bila dah cool down, baru boleh nampak sebenarnya benda tu isu kecik je, tak perlu nak bertekak pun in the first place. (Aku la tu selalu cari pasal. Hihi)


Perempuan dan lelaki. Banyak perbezaan. Dari segi emosi, dari segi pemikiran.
Cuba bagi satu masalah kepada sekumpulan lelaki dan perempuan. Cara dorang solvekan isu confirm lain, walaupun masalahnya sama.


Eh. Kenapa cakap pasal relationship ni? Macamlah perfect sangat relationship kau. 


Memang far from perfect. Masih belajar lagi, masih perbaiki diri.
Cumanya lately aku tiba-tiba jadi relationship therapist tidak berbayar. HAHAHA
To F and A, maaf. Aku pun tak tahu macamana nak bagi nasihat. Masih clueless about love.


Nak-nak pulak aku dengan Benn sekarang ni long distance relationship (LDR). Ingat LDR ni mudah? Jumpa setahun cuma dua-tiga bulan sekali. (Bukanlah tiap-tiap hari. Jenuh dia nak ulang alik Bangi-Klang. Minyak mahal oi). The first year, gaduh teruk. Susah nak adapt, sebab timezone lain. Tempat dia 6 jam lambat dari Malaysia. So by the time dia balik dari kelas, aku dah mengantuk or dah tidur. Bila dia cuti, aku pulak busy. Masa tu kami berdua cuma ada Blackberry. Cuma borak thru BBM dan Email.


Now dia dah 3 tahun dekat sana. Dah boleh faham jadual kelas dia yang sangat pack, almost every week ada exam. Aku cuba faham kesibukan dia, dan dia akan cuba communicate semampu dia. Basically relationship ni about give and take. Dua-dua kena usaha, kena tunjuk ada effort nak be in the relationship dan kena saling faham sesama sendiri. Kena banyak sabar, tak boleh nak ikut kepala kau je.


Tiada couple yang kenal sehari dua dah boleh terus faham kerenah partner dia. It's a learning process, everyday. Walaupun dah kenal Benn for 6 years, tapi masih banyak benda yang aku tak tahu pasal dia. Contohnya, recently aku baru tahu dia tak kenal McDreamy. Whaaaa??



"I nak jadi neurosurgeon"  - Dia selalu tukar profession, kejap ortho, kejap neuro. Aku kejap nak jadi lecturer, kejap nak jadi ceo. Maafkan kami pasangan kuat berangan. 

"Nak jadi macam McDreamy la tuu" 
"McDreamy?" 
"OMG dont tell me you dont know who McDreamy is. Jangan malukan I sebagai orang yang obses tengok tv please" 

Setelah puas membebel selama 10 minit, rupanya dia saja nak tengok aku mengelabah ayam cuba meng-explain siapa McDreamy. Padahal dia tak cakap pun dia tak tahu. Cuma buat-buat tukar soalan. Terus diikuti dengan sesi merajuk dan mula keluar ayat seperti "I hetchu" dan "Taknak kawan" serta "I nak kawin dengan Johnny Depp"



 Jangan melalut please. Okay, okay.


Buat F dan A,

 Kau dan partner kau saja boleh tentukan macamana bentuk relationship korang tu. Jangan dengar sangat cakap orang. Jangan peduli apa kata orang. Asal kau dan dia selesa berborak apa saja dan bahagia, go for it. Buat apa saja yang bagi hati kau berbunga. Be romantic, be spontaneous, be adventurous. Apa-apa saja. Pertahankan hubungan yang ada, kerana bukan semudah itu mahu buang cinta lama dan kemudian jatuh cinta all over again. It's a tiring process, really. Jadi selagi kau dan dia masih ada cinta, fight for it. Sit down and talk. Masing-masing dah besar, boleh borak secara matang. Bergaduh itu lumrah bercinta. Belajar give and take. Belajar berkomunikasi dengan baik.


Buat apa-apa saja, asal hati kau benar-benar bahagia. :)

October 6, 2013

Salah.

Kaku.

Tak tahu nak tulis apa. Setahun lebih berhenti.
Terlalu banyak benda nak diberi perhatian sampai lupa pada kawan baik yang satu ini.

Kawan baik. Sebab dia pegang semua rahsia, semua coretan minda.
Dah lama tak borak dengan kawan baik, kekok kejap.



Okay.


Kadang bila kita cerita, kita cuma mahu pihak lagi satu tu mendengar tanpa any judgements. Dia dengar, dia peluk dan kita move on dari situasi tu.
Tak semua benda kita cerita dan share perlukan jalan penyelesaian.
Sometimes we come up with our own solution, dan mahu orang itu setuju dengan kita.

Payahnya kita ni.
Complicatenya kita ni.


Isunya bukan pada orang mendengar, tapi pada kita. I'm talking about myself.










Pernah tersalah percaya pada orang?

Terlajak perahu boleh undur.
Terlajak kata.......




April 7, 2012

Bukan

Bukan mudah kali ini. Bukan benda sama. Kali ini sangat berbeza dan tahap peritnya, ya Allah. Bagai dirobek-robek jiwa.

Aku ini manusia biasa. Acapkali dilontarkan begitu. Ya. Manusia biasa yang punya cacat cela sini sana, dan punyai sifat ekspresif cukup kuat.
tapi.

mungkin salah aku kerana terlalu percaya
ah. biadap sungguh jiwa
percaya orang membuta tuli

aku jarang sekali menangis di depan orang yang aku tidak percaya 100%.
kerana tangisan itu boleh disalah tafsirkan.
boleh dijadikan benda untuk dibahan.
sedangkan kau jadi saksi sisi aku yang satu
yang rapuh
yang pilu
yang buntu
yang hiba
yang menunggu masa untuk gembira semula

tapi kau tak nampak itu
kau rasakan tangisan aku itu suatu modal
bertemankan air liur
bersulamkan dongengan tafsiran
kau mulakan operasi
kau jual sana sini


seronok kah aku tanya kau?
rasa macam di syurga?
ada rasa dapat piala?


mungkin suatu hari nanti bila kau sendiri menangis di tepi
aku lalu dan hulurkan tisu
kau akan sedar yang kita dikurniakan lidah bukan untuk menipu.



Syafrah Ashadi Saidin

1.34am
TBC